Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
Orang Awam Peluang Pekerjaan Pegawai Kontrak (CFS)
Jawatan

Pegawai CFS Gred Setara 41

 
Jabatan/Kementerian

Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

 
Taraf Jawatan

Kontrak

 
Kumpulan Perkhidmatan

Pengurusan dan Profesional

 
Gaji

RM 2,550.00 (Tanpa Caruman KWSP)

 
Syarat Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Memiliki Ijazah sarjana muda daripada institusi pengajian tinggi yang diikitiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (minimum CGPA 3.00).
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
  5. Berkebolehan menggunakan aplikasi MS Word, MS Excel dan MS Powerpoint;
  6. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lancar;
  7. Berupaya bekerja di bawah pengawasan yang minimal;
  8. Mempunyai tahap kesihatan yang optimum
 
Deskripsi Tugas
  1. Membangunkan draf dokumen Malaysian Standard (MS) dan menyelenggara MS yang dibangunkan;
  2. Menjalankan kerja-kerja sekretariat bagi jawatankuasa pembangunan standard (SDC) yang dipertanggungjawabkan;
  3. Menyelaras penglibatan pakar di peringkat antarabangsa SMIIC/ISO/IEC;
  4. Memberikan undian/ ulasan/ komen terhadap draf standard antarabangsa SMIIC/ISO/IEC berdasarkan input daripada ahli jawatankuasa yang berkaitan;
  5. Menguruskan penganjuran bengkel pembangunan draf MS; dan
  6. Menguruskan penganjuran Seminar/ Program promosi berkaitan standard
 
Lokasi

Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia),
Level 4, 5, 6 & 7, Tower 2, Menara Cyber Axis,
Jalan Impact, Cyber 6,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

 
Tatacara Permohonan

Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen seperti berikut ke central[at]jsm[dot]gov[dot]my:

  1. Borang Permohonan Pegawai Kontrak
  2. Salinan Kad Pengenalan; dan
  3. Sekeping gambar berukuran passport (gambar terkini)

Aras 4-7, Menara 2
Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor, MALAYSIA

Tel : +603-8008 2900
Faks : +603-8008 2901
E-mel : central[at]jsm[dot]gov[dot]my

Hari Ini 678

Semalam 2099

Minggu Ini 8212

Bulan Ini 4107

Jumlah 703713

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.