Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
Fasilitasi Perdagangan Program ESCAPE

escape

Menyedari permintaan yang semakin meningkat dalam penggunaan standard dan keperluan untuk memupuk pemahaman tentang standard, Jabatan Standard Malaysia telah memperkenalkan program khusus iaitu Standards Compliance Stewardship Programme for Enterprises atau dikenali sebagai ESCAPE bertujuan membantu industri mematuhi standard melalui latihan teknikal dan khidmat nasihat pakar bermula dari fasa kesedaran hingga pematuhan standard.

Selaras dengan slogan ‘dari kesedaran kepada pematuhan’, ESCAPE memberi tumpuan dalam membantu industri melalui inisiatif berikut:

  1. Memberi pendedahan berkenaan kepentingan pematuhan standard dan mendapatkan pensijilan;
  2. Menyediakan latihan untuk mengukuhkan pemahaman tentang standard berkaitan;
  3. Membimbing syarikat dalam pembangunan dokumentasi dan pelaksanaan prosedur bagi mematuhi keperluan standard ke arah mendapatkan pensijilan; dan
  4. Menjalankan analisis jurang untuk mengenal pasti ketersediaan syarikat bagi pematuhan standard melalui pensijilan.

Sehingga kini, enam sektor industri telah dipilih di bawah program ESCAPE di mana sektor-sektor ini akan bertambah dari semasa ke semasa iaitu;

  1. Sistem Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya (RTSMS)

    MS ISO 39001:2013 - Road traffic safety (RTS) management systems - Requirements with guidance for use merupakan standard yang memberi panduan kepada organisasi yang berinteraksi dengan sistem lalu lintas jalan raya bagi mengurangkan kematian dan kecederaan serius disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Pelaksanaan program ESCAPE RTSMS adalah sejajar dengan Dasar Kerajaan iaitu Dasar Pengangkutan Negara 2019-2025 yang mana Teras Dasar 3.3 menyatakan “memastikan aspek keselamatan sektor pengangkutan menepati piawaian antarabangsa”.

  2. Sistem Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCMS)

    ISO 22301:2019 Security and resilience - Business continuity management systems - Requirements merupakan standard yang memberi panduan kepada organisasi, tanpa mengira saiz, lokasi atau aktiviti mereka, untuk menyediakan kerangka bagi merancang, membangun, melaksana, memantau dan meningkatkan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perniagaan organisasi tersebut. Krisis penyebaran wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia, telah mengakibatkan banyak organisasi terperangkap tanpa sebarang persediaan untuk kesinambungan perniagaan. Oleh itu, program ESCAPE BCMS membantu industri menyediakan pelan perancangan tindakan secara menyeluruh dalam memastikan industri dapat beroperasi semula selepas menghadapi sesuatu bencana atau ancaman.

  3. Makanan Halal

    MS 1500:2019 - Makanan halal – Keperluan umum merupakan standard yang memberi panduan kepada organisasi mengenai panduan asas dalam bidang makanan halal terutamanya bagi pembuatan dan pengurusan makanan halal. Inisiatif program ESCAPE Halal Food adalah selari dengan Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) 6 (Hub Halal dan Makanan) iaitu dalam meningkatkan potensi industri halal Malaysia untuk berkembang dengan lebih luas melalui penyedia perkhidmatan dan pengeluaran produk Halal yang diiktiraf JAKIM. Di bawah Halal Industry Master Plan (HIMP) 2030 pula, elemen perkhidmatan standard, akreditasi dan pensijilan merupakan salah satu key enabler bagi memastikan integriti rantaian pembekalan halal dalam memastikan kepercayaan masyarakat dunia terhadap sistem akreditasi Malaysia.

  4. Kosmetik Halal

    MS 2634:2019 - Kosmetik Halal – Keperluan umum merupakan standard yang memberi panduan asas kepada organisasi dalam menghasilkan produk kosmetik halal dan selamat digunakan oleh pengguna dengan menggunakan konsep Halal Built-in. Konsep halal di dalam produk kosmetik ini bukan sahaja tertumpu kepada pengguna Islam, malah pengguna bukan Islam juga sudah mula menggunakan produk kosmetik halal seperti produk penjagaan kulit dan produk penjagaan diri. Justeru, dengan adanya standard Kosmetik Halal ini, ia dapat merealisasikan kekuatan Malaysia sebagai perintis dan penggerak utama dalam membangunkan industri Halal terutama dalam industri kosmestik.

  5. Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSMS)

    MS ISO 45001:2018 - Sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan - Keperluan dengan panduan penggunaan, ialah standard yang yang menyediakan panduan kepada organisasi mengenai sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan; untuk membolehkan organisasi menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat bagi mencegah kecederaan yang berkaitan dengan kerja dan kesihatan yang tidak baik. Pelaksanaan program ESCAPE OHSMS adalah selaras dengan Teras Strategik 5 di bawah Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP 2025) yang bertujuan untuk menambah baik sistem pengurusan amalan OHS khususnya bagi sektor PKS.

  6. Sistem Pengurusan Keselamatan Kembara Pelancongan (ATSMS)

    MS ISO 21101:2014 - Adventure Tourism Safety Management Systems (ATSMS) merupakan standard yang memberi panduan kepada penyedia aktiviti pelancongan pengembaraan mengenai sistem pengurusan keselamatan dalam menyediakan tempat-tempat melaksanakan aktiviti pelancongan pengembaraan yang memenuhi jangkaan keselamatan kepada pelanggan, kakitangan dan amalan pencegahan kecederaan dalam setiap proses pelaksanaan aktivitinya.

 

Senarai Syarikat yang Mendapat Pensijilan di bawah ESCAPE

 Bil. Syarikat  Pensijilan Tarikh Pensijilan
 1 Life Water Industries Sdn. Bhd.
CL075356375, KM8, Jalan Lintas Sibuga, 90000, Sandakan, Sabah
 MS 1500:2019
(Halal Food)
 29/6/2021
 2 Pizza 33 Sdn. Bhd.
Wisma SSW, No 1 (PT598), Jalan Pengkalan Kundang, 27130, Seksyen 27, 40400, Shah Alam, Selangor
  MS 1500:2019
(Halal Food)
 16/11/2021
 3 Shaziman Transport Sdn. Bhd.
Lot 2, Terminal Kenderaan Berat, Mukim Durian Tunggal, Gangsa 76100 Durian Tunggal, Melaka
 MS ISO 39001:2013 (RTSMS)  25/11/2021
 4 Kota Warisan Nyor Resources Sdn. Bhd.
No. 39G, Jalan Airport City Business Centre, 43900, Sepang, Selangor
 MS 1500:2019
(Halal Food)
 16/12/2021
 5 Ensu Lifesciences Sdn. Bhd.
49, Jalan KP 3 Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Kota Puteri, 48100 Batu Arang, Selangor
  MS 2634:2019
(Kosmetik   Halal )
 15/8/2021
 6 Chong Wei Chit Sdn. Bhd.
No 6592, Jalan Lendu, 78000 Alor Gajah
Melaka
  MS 1500:2019
(Halal Food)
 16/8/2022
 7 Gelafood Sdn. Bhd.
No.1 Lorong Industri Ringan 5, Kawasan Industri Ringan Juru, 14100, Simpang Ampat Pulau Pinang
 MS 1500:2019
(Halal Food)
 16/8/2022
8 Maju Tmas Sdn. Bhd.
Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, 57100 Kuala Lumpur
MS ISO 39001:2013 (RTSMS) 23/8/2022
9 E-Idaman Sdn. Bhd.
Wisma Idaman, Lot 163 & 164, Jalan BSG 4, Bandar Stargate, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05400 Alor Setar, Kedah
MS ISO 39001:2013 (RTSMS) 18/10/2022
10 Temper & Sense Sdn. Bhd.
8, Jalan 3/37a, Kawasan Perusahaan Taman Bukit Maluri, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 MS 1500:2019
(Halal Food)
16/11/2022
11 Felda D'Saji Sdn. Bhd.
Blok J, Anjung Felda, Jalan Maktab, Off Jalan Semarak, Kuala Lumpur
 MS 1500:2019
(Halal Food)
16/2/2023
12 Lypometal Sdn. Bhd.
E16, Jalan Cendana 4/6,
Kawasan Perindustrian Cendana,
08000 Sungai Petani, Kedah
MS ISO 45001:2018 (OHSMS) 21/11/2023
13 Percetakan Tenaga Sdn. Bhd.
Lot 1238, Jalan KIP 10 Kepong,
Kepong Industrial Park,
52200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
MS ISO 45001:2018 (OHSMS) 22/1/2024
 
Untuk pertanyaan lanjut, sila e-mel ke escape[at]jsm[dot]gov[dot]my
Aras 4-7, Menara 2
Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor, MALAYSIA

Tel : +603-8008 2900
Faks : +603-8008 2901
E-mel : central[at]jsm[dot]gov[dot]my

Hari Ini 344

Semalam 1605

Minggu Ini 10035

Bulan Ini 40914

Jumlah 693505

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.