Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
Akreditasi MRA/MLA Mark
  • Permohonan Combined ILAC MRA Mark

    Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah menandatangani lesen perjanjian dengan International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC) bagi penggunaan Accredited Conformity Assessment Body (CAB) Combined ILAC MRA Mark, selepas ini disebut "Combined ILAC MRA Mark".

    CAB yang mendapat akreditasi boleh menggunakan Combined ILAC MRA Mark untuk menunjukkan akreditasi oleh JSM, dengan skop yang mana JSM adalah penandatangan kepada ILAC Arrangement. Skop boleh dilihat dihttps://ilac.org/signatory-detail/?id=44. Penggunaan Combined ILAC MRA Mark mestilah dipaparkan seperti ditunjukkan dalam Rajah 6 AP1.

    Peraturan penggunaan ILAC MRA Mark adalah seperti dalam ILAC R7. CAB yang berhasrat untuk menggunakan Combined ILAC MRA Mark hendaklah mematuhi ILAC R7, yang mana tersedia secara umum daripada laman web ILAChttps://ilac.org/publications-and-resources/ilac-rules-series/.

    CAB diakredit yang berhasrat untuk menggunakan Combined ILAC MRA Mark hendaklah: -

    1. rujuk AP1 - Policy on the Use of Accreditation Symbol and Reference to Accreditation;
    2. memperoleh kelulusan daripada JSM;
    3. bersetuju dengan peraturan bagi penggunaan mark; dan
    4. tidak menggunakan ia sehingga mendapat kelulusan bertulis dari JSM.

    CAB diakredit hendaklah menghantar dokumen lengkap dalam bentuk asal berikut:

    1. LA 1101-2 Senarai semak penggunaan Combined ILAC MRA Mark;
    2. Contoh sampel/kertas kerja semua item yang menggunakan Combined ILAC MRA Mark; dan
    3. hantar kepada:

    Bahagian Akreditasi
    Jabatan Standard Malaysia,
    Aras 4, 5, 6 & 7, Tower 2, Menara Cyber Axis
    Jalan Impact, Cyber 6
    63000 Cyberjaya
    Selangor.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan penggunaan Combined IAF MLA Mark, sila hubungi Ms. Siti Raikhan Aina Bogal di 03 – 8008 2775 atau emel aina[at]jsm[dot]gov[dot]my

    Bil Tajuk Muat Turun
    1 LA 1101-2 Checklist to use Combined ILAC MRA Mark  PDF
    2 AP 1  PDF
    3 ILAC R7:05/2015  PDF
  • Permohonan Combined IAF MLA Mark

    Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah menandatangani lesen perjanjian dengan International Accreditation Forum (IAF) bagi penggunaan Accredited Certification Bodies (CB) Combined IAF MLA Mark, selepas ini disebut "Combined IAF MLA Mark".

    CB yang mendapat akreditasi boleh menggunakan Combined IAF MLA Mark untuk menunjukkan akreditasi oleh JSM, dengan skop yang mana JSM adalah penandatangan kepada IAF Arrangement. Skop boleh dilihat di https://iaf.nu/en/member-details/?member_id=21. Penggunaan Combined IAF MLA Mark mestilah dipaparkan seperti ditunjukkan dalam Rajah 7 AP1.

    Penggunaan Combined IAF MLA Mark oleh CB diakredit hendaklah seperti dalam dokumen IAF ML 2 - General Principles on use of the IAF MLA Mark yang mana tersedia secara umum daripada laman web IAF https://iaf.nu/en/iaf-documents/?cat_id=6.

    CAB diakredit yang berhasrat untuk menggunakan Combined IAF MLA Mark hendaklah: -

    1. rujuk AP1 - Policy on the Use of Accreditation Symbol and Reference to Accreditation;
    2. lengkapkan dua (2) salinan perjanjian. Mohon pastikan tarikh perjanjian dibiarkan kosong;
    3. perjanjian akan ditandatangan oleh wakil pengurusan tertinggi CB dan Ketua Pengarah JSM sebelum CB teruskan dengan duty stamp untuk kedua-dua perjanjian;
    4. salinan perjanjian yang telah distamp akan disimpan oleh CB dan satu lagi salinan perjanjian dipulangkan ke JSM untuk rekod;
    5. semua kos yang terlibat untuk perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh CB;
    6. bersetuju dengan peraturan bagi penggunaan mark; dan
    7. tidak menggunakan ia sehingga mendapat kelulusan bertulis dari JSM

    CAB diakredit hendaklah menghantar dokumen berikut yang telah lengkap dalam bentuk asal:

    1. FM 1101-2 Senarai semak penggunaan Combined IAF MLA Mark;
    2. Contoh sampel/kertas kerja semua item yang menggunakan Combined IAF MLA Mark; dan
    3. hantar kepada

    Bahagian Akreditasi
    Jabatan Standard Malaysia,
    Aras 4, 5, 6 & 7, Tower 2, Menara Cyber Axis
    Jalan Impact, Cyber 6
    63000 Cyberjaya
    Selangor

    Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan penggunaan Combined IAF MLA Mark, sila hubungi Ms. Siti Raikhan Aina Bogal di 03 – 8008 2775 atau emel aina[at]jsm[dot]gov[dot]my.

    Senarai dokumen untuk rujukan:

    Bil Tajuk Muat Turun
    1 FM 1101-2 Checklist to use IAF MLA Mark  PDF
    2 Agreement For Use of the IAF MLA Mark Between A Licensed IAF MLA Accreditation Body Member and an Accredited Conformity Assessment Body (CAB)  DOCX
    3 AP1 - Policy on the Use of Accreditation Symbol and Reference to Accreditation  PDF
    4 IAF ML 2 – General Principles on Use of the IAF MLA Mark PDF
Aras 4-7, Menara 2
Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor, MALAYSIA

Tel : +603-8008 2900
Faks : +603-8008 2901
E-mel : central[at]jsm[dot]gov[dot]my

Hari Ini 1137

Semalam 1814

Minggu Ini 7356

Bulan Ini 38235

Jumlah 690826

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.