Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  
  
 

  • Dasar Anti Rasuah

    DASAR ANTIRASUAH JABATAN STANDARD MALAYSIA

    Jabatan Standard Malaysia komited dalam melaksanakan semua dasar dan prosedur bagi mencegah, memantau dan menangani sebarang bentuk rasuah kepada semua warga kerja Jabatan dan perhubungannya dengan pihak- pihak berkepentingan ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti selaras dengan visi, misi dan nilai organisasi seperti berikut:

    1. Mematuhi peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694J dan lain-lain Akta, peraturan, dasar dan prosedur yang telah ditetapkan;
    2. Pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan komited untuk melaksanakan kawalan dan penambahbaikan secara strategik dan berterusan melalui Sistem Pengurusan Antirasuah;
    3. Menyediakan saluran komunikasi yang bersesuaian dan menggalakkan pelaporan aduan mengenai aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada rasuah, integriti dan tatakelola;
    4. Melaksanakan tatakelola yang berintegriti untuk tidak memberi dan menerima sebarang hadiah yang bertentangan dengan Dasar Pemberian dan Penerimaan Hadiah/Tajaan;
    5. Pemantauan terhadap pematuhan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah secara sistematik, menyeluruh dan melaporkannya kepada pihak Pengurusan Tertinggi dan Kementerian; 
    6. Melaksanakan program kesedaran Sistem Pengurusan Antirasuah kepada warga kerja Jabatan dan pihak berkepentingan; dan
    7. Pelanggaran kepada Dasar Antirasuah Jabatan Standard Malaysia ini membolehkan tindakan undang-undang dan atau tatatertib dikenakan kepada pelaku yang didapati bersalah berdasarkan peraturan berkuatkuasa.

    Dasar Antirasuah Jabatan Standard Malaysia

  • Dasar Penerimaan dan Pemberian Hadiah/Tajaan

    Dokumen ini menerangkan dasar Jabatan Standard Malaysia (JSM) berhubung pengurusan penerimaan dan pemberian hadiah/tajaan. Dasar ini terpakai kepada semua warga JSM, pihak berkepentingan, rakan strategik atau mana-mana individu/organisasi yang berurusan dengan JSM.

    Warga JSM adalah dilarang menerima atau memberi hadiah yang melibatkan tugas rasminya. 

      Dasar Penerimaan dan Pemberian Hadiah/Tajaan Jabatan Standard Malaysia

  • Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower)

    Dasar yang dibangunkan bagi melindungi Pemberi Maklumat berkaitan integriti dan salah laku oleh warga Jabatan Standard Malaysia (JSM).

    Maklumat berkaitan jenayah dan rasuah perlu dilaporkan segera atau disalurkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan untuk mendapatkan perlindungan Pemberi Maklumat. Sekiranya maklumat yang tidak dapat dipastikan sama ada berkaitan jenayah/rasuah, boleh merujuk kepada Unit Integriti untuk tindakan selanjutnya.

    Dasar ini bertujuan untuk membolehkan Pemberi Maklumat untuk membuat pendedahan mengenai mana-mana salah laku dari peringkat awal kepada Unit Integriti JSM dengan yakin agar masalah dapat ditangani dengan efektif dan segera.

    Melalui pelaksanaan Dasar ini, ianya akan memastikan setiap individu bebas untuk menggunakan haknya bagi melaporkan/ mendedahkan penyelewengan atau kelakuan tidak wajar atau sebarang kecurigaan terhadap salah laku. Dasar ini berpandukan kepada Dasar Antirasuah JSM.

    Dasar Perlindungan Pemberian Maklumat (Whistleblower) Jabatan Standard Malaysia