Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
Orang Awam e-Penyertaan Polisi e-Penyertaan
Dasar E-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan E-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Standard Malaysia (JSM). JSM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif E-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Soal Selidik Atas Talian, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, E-mel dan Media Sosial JSM iaitu Facebook dan Twitter, Instagram dan YouTube.

Oleh yang demikian, JSM amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan pautan ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan E-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan E-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan E-Penyertaan.
Aras 4-7, Menara 2
Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor, MALAYSIA

Tel : +603-8008 2900
Faks : +603-8008 2901
E-mel : central[at]jsm[dot]gov[dot]my

Hari Ini 1076

Semalam 1087

Minggu Ini 11854

Bulan Ini 42733

Jumlah 695324

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.