-
JSM Anti Corruption Policy
DASAR ANTIRASUAH JABATAN STANDARD MALAYSIA
Jabatan Standard Malaysia komited dalam melaksanakan semua dasar dan prosedur bagi mencegah, memantau dan menangani sebarang bentuk rasuah kepada semua warga kerja Jabatan dan perhubungannya dengan pihak- pihak berkepentingan ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti selaras dengan visi, misi dan nilai organisasi seperti berikut:
- Mematuhi peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694J dan lain-lain Akta, peraturan, dasar dan prosedur yang telah ditetapkan;
- Pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan komited untuk melaksanakan kawalan dan penambahbaikan secara strategik dan berterusan melalui Sistem Pengurusan Antirasuah;
- Menyediakan saluran komunikasi yang bersesuaian dan menggalakkan pelaporan aduan mengenai aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada rasuah, integriti dan tatakelola;
- Melaksanakan tatakelola yang berintegriti untuk tidak memberi dan menerima sebarang hadiah yang bertentangan dengan Dasar Pemberian dan Penerimaan Hadiah/Tajaan;
- Pemantauan terhadap pematuhan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah secara sistematik, menyeluruh dan melaporkannya kepada pihak Pengurusan Tertinggi dan Kementerian;
- Melaksanakan program kesedaran Sistem Pengurusan Antirasuah kepada warga kerja Jabatan dan pihak berkepentingan; dan
- Pelanggaran kepada Dasar Antirasuah Jabatan Standard Malaysia ini membolehkan tindakan undang-undang dan atau tatatertib dikenakan kepada pelaku yang didapati bersalah berdasarkan peraturan berkuatkuasa.
- JSM Giving and Receiving of Gifts Policy
- JSM Witness Policy (Whistleblower)