- Butiran
- 21288
Accessibility Tools
| Bil | Nama | Jawatan | No. Tel | E-mel |
|---|---|---|---|---|
| 3. | Unit Integriti, Jabatan Standard Malaysia | Pegawai Integriti | 03-80082817 | integriti[at]jsm[dot]gov[dot]my |
Jabatan Standard Malaysia komited dalam melaksanakan semua dasar dan prosedur bagi mencegah, memantau dan menangani sebarang bentuk rasuah kepada semua warga kerja Jabatan dan perhubungannya dengan pihak- pihak berkepentingan ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti selaras dengan visi, misi dan nilai organisasi seperti berikut:
Dokumen ini menerangkan dasar Jabatan Standard Malaysia (JSM) berhubung pengurusan penerimaan dan pemberian hadiah/tajaan. Dasar ini terpakai kepada semua warga JSM, pihak berkepentingan, rakan strategik atau mana-mana individu/organisasi yang berurusan dengan JSM.
Warga JSM adalah dilarang menerima atau memberi hadiah yang melibatkan tugas rasminya.
Dasar Penerimaan dan Pemberian Hadiah/Tajaan Jabatan Standard Malaysia
Dasar yang dibangunkan bagi melindungi Pemberi Maklumat berkaitan integriti dan salah laku oleh warga Jabatan Standard Malaysia (JSM).
Maklumat berkaitan jenayah dan rasuah perlu dilaporkan segera atau disalurkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan untuk mendapatkan perlindungan Pemberi Maklumat. Sekiranya maklumat yang tidak dapat dipastikan sama ada berkaitan jenayah/rasuah, boleh merujuk kepada Unit Integriti untuk tindakan selanjutnya.
Dasar ini bertujuan untuk membolehkan Pemberi Maklumat untuk membuat pendedahan mengenai mana-mana salah laku dari peringkat awal kepada Unit Integriti JSM dengan yakin agar masalah dapat ditangani dengan efektif dan segera.
Melalui pelaksanaan Dasar ini, ianya akan memastikan setiap individu bebas untuk menggunakan haknya bagi melaporkan/ mendedahkan penyelewengan atau kelakuan tidak wajar atau sebarang kecurigaan terhadap salah laku. Dasar ini berpandukan kepada Dasar Antirasuah JSM.
Dasar Perlindungan Pemberian Maklumat (Whistleblower) Jabatan Standard Malaysia
Unit Integriti, Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah diwujudkan pada tahun 2020 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP6/2013) ‘Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam’ yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013. JSM telah dikategorikan sebagai agensi Kerajaan berisiko rendah pada 23 November 2023 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Unit Integriti ini berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Jabatan. Selain itu, ia bertanggungjawab untuk melaksanakan lima (5) fungsi teras seperti berikut: