Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  
  
 

Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 telah dilancarkan pada 29 Januari 2019. Dokumen NACP ini merupakan dokumen utama yang menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam memerangi rasuah yang merangkumkan isu tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam suatu kerangka bersepadu. Terdapat 115 inisiatif yang telah ditetapkan dalam dokumen NACP ini.

gambar buku1Dengan berakhirnya NACP 2019-2023, Kerajaan telah melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024 - 2028. NACS merupakan kesinambungan NACP 2019-2023 sebagai pelan yang komprehensif untuk menggembleng segala usaha menangani pelbagai isu berkaitan tatakelola, integriti, dan pencegahan rasuah.

Untuk memastikan cakupan NACS yang holistik serta memenuhi aspirasi masyarakat, usaha bersepadu diarahkan untuk meningkatkan ketelusan, mengukuhkan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban di semua sektor di Malaysia, membendung salah guna kuasa, menghapuskan campur tangan politik dan mereka yang berpengaruh, membanteras nepotisme dan kronisme, serta mengurangkan penyelewengan serta salah urus. Semua strategi ini bertujuan untuk meningkat ketelusan dan integriti Kerajaan, sekali gus meningkatkan reputasi dan persepsi Malaysia di mata dunia.

Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah diberi tanggungjawab sebagai Agensi Penyokong bagi NACS Strategi 2: Kebertanggungjawaban Awam dan Strategi 5: Insentif dalam tempoh jangka pendek antara 1 hingga 2 tahun yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seperti berikut:-

 

Strategi 2: Kebertanggungjawaban Awam

No.

Substrategi

Tempoh

Agensi Peneraju

Agensi Penyokong

5.

Mencadangkan pensijilan MS ISO 37001 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) sebagai keperluan syarikat untuk membida kontrak Kerajaan pada nilai perolehan RM10juta dan ke atas.

Pendek

Kementerian Kewangan

1.    Jabatan Standard Malaysia

2.    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Strategi 5 – Insentif

No.

Substrategi

Tempoh

Agensi Peneraju

Agensi Penyokong

5.

Menggalakkan insentif cukai dalam kalangan syarikat yang mendapat akreditasi ABMS ISO 37001

Pendek

Kementerian Kewangan

1.    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

2.Jabatan Standard Malaysia

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.