Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
Orang Awam e-Integriti Pengenalan

Unit Integriti, Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah diwujudkan pada tahun 2020 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP6/2013) ‘Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam’ yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013. JSM telah dikategorikan sebagai agensi Kerajaan berisiko rendah pada 23 November 2023 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Unit Integriti ini berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Jabatan. Selain itu, ia bertanggungjawab untuk melaksanakan lima (5) fungsi teras seperti berikut:

  1. Tadbir Urus
    • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di JSM.
    • Mencadangkan penambahbaikan serta pembaharuan kepada dasar / arahan / sistem dan prosedur di JSM.
  2. Pengukuhan Integriti
    • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti di JSM.
  3. Pengesanan dan Pengesahan
    • Mengenalpasti dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika di JSM serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
    • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
  4. Pengurusan Aduan
    • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di JSM.
  5. Pematuhan
    • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
Aras 4-7, Menara 2
Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor, MALAYSIA

Tel : +603-8008 2900
Faks : +603-8008 2901
E-mel : central[at]jsm[dot]gov[dot]my

Hari Ini 1046

Semalam 3009

Minggu Ini 10448

Bulan Ini 31394

Jumlah 731000