Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
Mengenai Kami Info Korporat Dasar Kesaksamaan

Pengurusan tertinggi JSM komited terhadap kesaksamaan dalam perkhidmatan akreditasinya dan menyediakan peluang untuk penglibatan berkesan oleh pihak yang berkepentingan untuk menjaga kesaksamaan melalui Jawatankuasa Akreditasi Kebangsaan (NAC).

  1. JSM bertanggungjawab ke atas kesaksamaan aktiviti akreditasinya.
  2. Kakitangan dan jawatankuasa di bawah JSM hendaklah bertindak secara saksama dan tidak akan membenarkan tekanan komersial, kewangan atau lain-lain yang akan menjejaskan kesaksamaan.
  3. JSM tidak akan menawarkan atau menyediakan sebarang aktiviti penilaian pematuhan.
  4. JSM tidak akan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan perundingan kepada badan penilaian pematuhan.
  5. Aktiviti di bawah JSM tidak boleh dikomersial atau ditawarkan berkaitan aktiviti konsultansi.
  6. JSM tidak boleh menggunakan sumber luar dalam membuat keputusan akreditasi.
  7. Penilai JSM tidak boleh terlibat dalam penilaian atau aktiviti akreditasi jika mereka telah terlibat dalam perkhidmatan perundingan terhadap badan penilaian pematuhan tersebut.
  8. JSM akan mengambil tindakan dan bertindak balas terhadap sebarang ancaman terhadap kesaksamaannya yang timbul akibat daripada tindakan orang lain, organisasi atau badan penilaian pematuhan..

Semua kakitangan dan jawatankuasa di bawah JSM adalah komited untuk mematuhi sepenuhnya perisytiharan ini. Semua kakitangan dan jawatankuasa di bawah JSM termasuk Ketua Pengarah, pengurusan tertinggi, kakitangan, jawatankuasa, penilai dan pakar teknikal dikehendaki melengkapkan dan menandatangani Akujanji dan borang Undertaking for Maintaining Confidentiality and Impartiality and Declaration of No Conflict of Interest.

SHAHARUL SADRI BIN ALWI
Ketua Pengarah
Jabatan Standard Malaysia

Badan Berkaitan

JSM mengenal pasti badan berkaitannya untuk memastikan aktiviti badan berkaitan tidak menjejaskan kerahsiaan, objektiviti dan kesaksamaan perkhidmatan akreditasi Standards Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk JSM/Akreditasi Am/Risalah 1.

Aras 4-7, Menara 2
Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor, MALAYSIA

Tel : +603-8008 2900
Faks : +603-8008 2901
E-mel : central[at]jsm[dot]gov[dot]my

Hari Ini 416

Semalam 1253

Minggu Ini 416

Bulan Ini 43326

Jumlah 695917

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.