Program Latihan Industri JSM menawarkan pelajar yang mengikuti bidang pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia untuk merasai pengalaman bekerja dan mendapat pendedahan kepada dunia pekerjaan sebenar. Anda akan menyertai mana-mana bahagian di JSM, Cyberjaya, Selangor bagi tempoh 3 hingga 6 bulan sebagai penggerak kepada ekonomi Malaysia.
Kelayakan permohonan | Bidang Pengajian | Dokumen yang diperlukan |
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau kursus sarjana muda di instutusi pengajian tinggi di Malaysia atau luar negara dengan minimum CGPA 2.5;
- Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum;
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik dan mampu berkomunikasi secara berkesan; dan
- Kebolehan melaksanakan tugas yang diarah dan bekerja dengan baik secara individu dan berkumpulan.
|
- Sains atau bidang berkaitan Sains;
- Ekonomi;
- Kewangan;
- Perniagaan;
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
- Seni Lukis dan Reka Bentuk;
- Sumber Manusia; atau
- Pengurusan.
|
Pemohon yang berminat perlu menghantar dokumen seperti berikut:
- Borang Permohonan Latihan Industri;
- Menandatangani Surat Tanggung Rugi/ Surat Aku Janji daripada universiti;
- Salinan resume beserta gambar terkini berukuran passport; dan
- Salinan Mini Transkrip (Rekod Akademik Pelajar).
|
Borang dan dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses. Permohonan hendaklah dihantar ke:
Alamat:
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Standarrd Malaysia, Level 7, Tower 2, Menara Cyber Axis, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor.
|
Hubungi
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai berikut:
Puan Cheow Sze Ling
: 03-8008 2821 : szeling[at]jsm[dot]gov[dot]my
Pn. Nur Khaireena Buchai Abdullah : 03-8008 2906 : khaireena[at]jsm[dot]gov[dot]my
|