Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 telah dilancarkan pada 29 Januari 2019. Dokumen NACP ini merupakan dokumen utama yang menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam memerangi rasuah yang merangkumkan isu tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam suatu kerangka bersepadu. Terdapat 115 inisiatif yang telah ditetapkan dalam dokumen NACP ini.
Dengan berakhirnya NACP 2019-2023, Kerajaan telah melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024 - 2028. NACS merupakan kesinambungan NACP 2019-2023 sebagai pelan yang komprehensif untuk menggembleng segala usaha menangani pelbagai isu berkaitan tatakelola, integriti, dan pencegahan rasuah.
Untuk memastikan cakupan NACS yang holistik serta memenuhi aspirasi masyarakat, usaha bersepadu diarahkan untuk meningkatkan ketelusan, mengukuhkan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban di semua sektor di Malaysia, membendung salah guna kuasa, menghapuskan campur tangan politik dan mereka yang berpengaruh, membanteras nepotisme dan kronisme, serta mengurangkan penyelewengan serta salah urus. Semua strategi ini bertujuan untuk meningkat ketelusan dan integriti Kerajaan, sekali gus meningkatkan reputasi dan persepsi Malaysia di mata dunia.
Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah diberi tanggungjawab sebagai Agensi Penyokong bagi NACS Strategi 2: Kebertanggungjawaban Awam dan Strategi 5: Insentif dalam tempoh jangka pendek antara 1 hingga 2 tahun yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seperti berikut:-
Strategi 2: Kebertanggungjawaban Awam
No. |
Substrategi |
Tempoh |
Agensi Peneraju |
Agensi Penyokong |
5. |
Mencadangkan pensijilan MS ISO 37001 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) sebagai keperluan syarikat untuk membida kontrak Kerajaan pada nilai perolehan RM10juta dan ke atas. |
Pendek |
Kementerian Kewangan |
1. Jabatan Standard Malaysia 2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia |
Strategi 5 – Insentif
No. |
Substrategi |
Tempoh |
Agensi Peneraju |
Agensi Penyokong |
5. |
Menggalakkan insentif cukai dalam kalangan syarikat yang mendapat akreditasi ABMS ISO 37001 |
Pendek |
Kementerian Kewangan |
1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2.Jabatan Standard Malaysia |