Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  
  
 

Untuk makluman, laman sesawang rasmi pembelian kami kini sedang dalam proses penyelenggaraan sistem bagi menaik taraf dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami. Oleh itu, platform tersebut tidak dapat diakses buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kemudian. Pihak kami sedang berusaha untuk menyelesaikan proses naik taraf ini dengan kadar segera.

Sepanjang tempoh ini, anda masih boleh membuat pembelian MS (softcopy sahaja) melalui dua pilihan kaedah seperti di bawah:

1. Kaunter JSM (untuk urusan segera dan di sekitar Lembah Klang)

Anda boleh membuat pembelian dokumen secara terus dengan hadir ke kaunter kami di Cyberjaya:

  • Alamat: Pusat Pengurusan Maklumat (Knowledge Management Center), Aras 1, Jabatan Standard Malaysia, Menara 1, Menara Cyber Axis, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor.
  • Kaedah Pembayaran: Kad debit atau kredit sahaja.
  • Proses: Anda akan menerima dokumen secara serta-merta melalui emel selepas pembayaran berjaya diterima.
  • Keselamatan: Sila semak semula watermark anda. Kata laluan dokumen akan dihantar kepada anda melalui emel.

2. Melalui E-mel (luar Lembah Klang)

Sila lengkapkan Borang Permintaan Pembelian MS melalui pautan di bawah:

  • Borang Permintaan Pembelian MS: https://forms.gle/9YQLHsj1taHt3cot7
  • Kaedah Pembayaran: Pindahan Wang Elektronik (EFT).
  • Proses: Kami akan mengeluarkan sebut harga (quotation) dan invois berdasarkan maklumat yang diisi.
  • Nota Penting: Proses penerimaan dokumen akan mengambil masa sehingga lima (5) hari bekerja selepas resit dikeluarkan.
  • Keselamatan: Sila semak semula maklumat pelesenan (watermark) anda kerana sebarang pindaan tidak akan dilakukan selepas pembayaran dibuat. Kata laluan dokumen akan dihantar melalui emel.

Makluman: Harap maklum bahawa TIADA pembelian dokumen dalam bentuk salinan fizikal (hardcopy) disediakan buat masa ini sehingga dimaklumkan kelak. Kami akan mengemas kini status dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, anda tetap boleh meneruskan pembelian dokumen dalam bentuk softcopy.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui emel atau telefon.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta sokongan berterusan daripada anda.

Terima kasih kerana memilih Malaysian Standards (MS).