Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
Akreditasi Tentang Akreditasi
"Sebagai badan akreditasi kebangsaaan kami menyediakan pekhidmatan akreditasi yang berwibawa kepada badan-badan penilaian pematuhan untuk menembusi pasaran dengan lebih baik dan pengiktirafan global bagi kecekapan teknikal dan jaminan kualiti."

Sistem akreditasi JSM adalah mengikut standard antarabangsa ISO/IEC 17011 bagi memastikan perkhidmatan akreditasi yang diberikan adalah berkecuali, tidak bersifat diskriminasi dan berwibawa. Sistem akreditasi JSM dijamin adil dan berkecuali menerusi 3 tahap operasi iaitu strategi dan dasar, keputusan dan penilaian.

Perkhidmatan Akreditasi JSM sesuai bagi jenis organisasi berikut :

  1. Makmal Pengujian & Penentukuran
  2. Makmal Pengujian Perubatan
  3. Badan Pensijilan
  4. Badan Pemeriksa
  5. Penyedia Pengujian Kecekapan
  6. Badan Validasi dan Verifikasi  
  7. Fasiliti Pengujian (GLP)

Objektif utama perkhidmatan akreditasi adalah menyediakan perkhidmatan akreditasi yang boleh dipercayai kepada makmal ujian dan penentukuran termasuk makmal ujian perubatan supaya akhirnya laporan ujian dan sijil penentukuran yang disahkan oleh SAMM diterima di peringkat antarabangsa. Mekanisme pengiktirafan yang diterima adalah melalui rangka kerja International Laboratory Accreditation Co-operation (ILAC) dan Asia Pacific Accreditation Cooperation (APAC).

Aras 4-7, Menara 2
Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor, MALAYSIA

Tel : +603-8008 2900
Faks : +603-8008 2901
E-mel : central[at]jsm[dot]gov[dot]my

Hari Ini 590

Semalam 1605

Minggu Ini 10281

Bulan Ini 41160

Jumlah 693751

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.