Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  
  
 

Pada 4 Februari 2026, satu program outreach telah diadakan di Sarawak bagi mempromosikan Garis Panduan Insentif Cukai Melalui Perkhidmatan Akreditasi, dengan tumpuan khusus kepada Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS). Program ini merupakan inisiatif Jabatan Standard Malaysia (JSM) dengan kerjasama strategik bersama Malaysia Productivity Corporation, (MPC) Sarawak dalam usaha memperluas pemahaman industri terhadap manfaat Akreditasi, pensijilan serta insentif cukai yang disediakan oleh Kerajaan khususnya di Borneo.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh tadbir urus dan integriti organisasi melalui pematuhan kepada Standard berkaitan. Penganjuran program ini juga merupakan lanjutan daripada Lawatan Kerja Ketua Pengarah JSM ke Sarawak, yang bertujuan membudayakan penggunaan Standard, turun padang dalam memastikan pematuhan Akreditasi, mempererat hubungan dengan pihak berkepentingan dan menyampaikan maklumat terkini berkaitan inisiatif cukai di bawah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).

629745625 1324894889680025 1188330661973461356 n

Taklimat Insentif Cukai Melalui Perkhidmatan Akreditasi yang diadakan di MPC, Sarawak

Program ini telah dihadiri oleh 32 orang wakil industri, syarikat swasta, makmal, badan pensijilan dan badan pemeriksa. Penyertaan pelbagai pihak ini membuktikan minat dan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan MS ISO 37001: Anti – Bribery Management System (ABMS).

Melalui sesi taklimat dan perbincangan interaktif, peserta telah diberi penerangan berkenaan tatacara permohonan insentif cukai, peranan badan pensijilan yang diakreditasi, serta kelebihan pensijilan ABMS dalam meningkatkan ketelusan dan keyakinan pihak berkepentingan. Insentif cukai ini dilihat sebagai satu galakan penting bagi membantu organisasi menampung kos pensijilan di samping mengukuhkan sistem kawalan dalaman terhadap risiko rasuah.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta mengenai hubungan antara akreditasi, pensijilan dan insentif cukai sebagai satu ekosistem yang menyokong daya saing dan integriti organisasi. Inisiatif seumpama ini diharapkan dapat diperluas ke negeri-negeri lain bagi memastikan lebih banyak organisasi memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan demi pembangunan ekonomi yang mampan dan beretika.

We use cookies

We use cookies on our website. Some of them are essential for the operation of the site, while others help us to improve this site and the user experience (tracking cookies). You can decide for yourself whether you want to allow cookies or not. Please note that if you reject them, you may not be able to use all the functionalities of the site.