- Butiran
- 13720
Accessibility Tools
Bil | Nama | Jawatan | No. Tel | E-mel |
---|---|---|---|---|
1. | Wan Rukiman Bin Wan Mamat | Pengarah Akreditasi | 03-80082797 | wr[at]jsm[dot]gov[dot]my |
2. | Roslee Bin Saad | Ketua Penolong Pengarah Kanan | 03-80082800 | roslee[at]jsm[dot]gov[dot]my |
3. | Mohd Shafiq Bin Mohd Zakaria | Penolong Pengarah Kanan | 03-80082817 | shafiq[at]jsm[dot]gov[dot]my |
Jabatan Standard Malaysia komited dalam melaksanakan semua dasar dan prosedur bagi mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah kepada semua warga kerja Jabatan dan perhubungannya dengan pihak- pihak berkepentingan ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti selaras dengan visi, misi dan nilai organisasi seperti berikut:
Dokumen ini menerangkan dasar Jabatan Standard Malaysia (JSM) berhubung pengurusan penerimaan dan pemberian hadiah/tajaan. Dasar ini terpakai kepada semua warga JSM, pihak berkepentingan, rakan strategik atau mana-mana individu/organisasi yang berurusan dengan JSM.
Warga JSM adalah dilarang menerima atau memberi hadiah yang melibatkan tugas rasminya.
Dasar Penerimaan dan Pemberian Hadiah/Tajaan Jabatan Standard Malaysia
Dasar yang dibangunkan bagi melindungi Pemberi Maklumat berkaitan integriti dan salah laku oleh warga Jabatan Standard Malaysia (JSM).
Maklumat berkaitan jenayah dan rasuah perlu dilaporkan segera atau disalurkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan untuk mendapatkan perlindungan Pemberi Maklumat. Sekiranya maklumat yang tidak dapat dipastikan sama ada berkaitan jenayah/rasuah, boleh merujuk kepada Unit Integriti untuk tindakan selanjutnya.
Dasar ini bertujuan untuk membolehkan Pemberi Maklumat untuk membuat pendedahan mengenai mana-mana salah laku dari peringkat awal kepada Unit Integriti JSM dengan yakin agar masalah dapat ditangani dengan efektif dan segera.
Melalui pelaksanaan Dasar ini, ianya akan memastikan setiap individu bebas untuk menggunakan haknya bagi melaporkan/ mendedahkan penyelewengan atau kelakuan tidak wajar atau sebarang kecurigaan terhadap salah laku. Dasar ini berpandukan kepada Dasar Antirasuah JSM.
Dasar Perlindungan Pemberian Maklumat (Whistleblower) Jabatan Standard Malaysia
Prosedur ini bertujuan untuk menetapkan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan segala aduan/maklumat berkenaan salah laku berkaitan jenayah, rasuah, integriti dan salah laku yang diterima supaya ianya diuruskan dengan berkesan.
Prosedur ini merangkumi segala aduan/maklumat berkaitan jenayah, rasuah, integriti, dan pelanggaran salah laku di Jabatan Standard Malaysia (JSM). Prosedur ini digunapakai sebagai satu garis panduan bagi pengurusan aduan/maklumat supaya aduan/maklumat yang diterima dapat dikendalikan dengan teratur dan menepati pekeliling berkaitan
Prosedur ini tidak menguruskan aduan/maklumat seperti berikut:-
Aduan berkaitan isu-isu teknikal/operasi perkhidmatan JSM atau aduan pentadbiran akan diuruskan oleh Bahagian berkaitan.
ABMS/SOP/101 Prosedur Pengurusan dan Siasatan Aduan/Maklumat
Borang-borang berkaitan
1. Rekod Aduan/Maklumat Integriti - BI01
2. Borang Aduan/Maklumat - BI02
3. Borang Keputusan Panel Penilai Maklumat / Siasatan (PPM/S) - BI03
Prosedur ini menetapkan tindakan kawalan yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan pelanggan, pelantikan penyedia perkhidmatan luar bagi melaksanakan aktiviti pembangunan standard dan penilaian yang dilaksanakan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM).
Prosedur ini terpakai kepada badan penilaian pematuhan, penyedia perkhidmatan luar (externally service provider) yang dilantik sebagai penilai (termasuk technical expert) JSM dan pakar pembangunan standard. Jika terdapat keperluan, langkah kawalan yang digariskan di bawah prosedur ini boleh digunakan ke atas rakan perniagaan/rakan sekutu lain yang dilantik oleh Jabatan mengikut kesesuaian.
ABMS/SOP/102 Prosedur Implementasi Kawalan Antirasuah ke atas Organisasi Berkaitan
Tujuan prosedur ini adalah untuk menetapkan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan kawalan kewangan dan kawalan bukan kewangan bagi meningkatkan ketelusan perolehan awam, pengurangan risiko rasuah, penyelewangan pasaran dan anti persaingan di Jabatan Standard Malaysia (JSM).
Prosedur ini merangkumi segala tindakan dan pelaksanaan kawalan kewangan dan kawalan bukan kewangan termasuk perolehan aktiviti teras di setiap Bahagian di JSM.
ABMS/SOP/103 Prosedur Kawalan Kewangan dan Kawalan Bukan Kewangan
Prosedur ini bertujuan untuk menetapkan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan penerimaan dan pemberian hadiah / tajaan yang diterima oleh Jabatan/warga Jabatan Standard Malaysia (JSM) supaya ianya diuruskan dengan teratur dan sistematik.
Prosedur ini merangkumi penerimaan dan pemberian hadiah / tajaan di JSM. Prosedur ini digunapakai sebagai satu garis panduan bagi pengurusan penerimaan dan pemberian hadiah / tajaan supaya tindakan dapat dilaksanakan dengan teratur dan menepati pekeliling berkaitan.
Warga JSM adalah dilarang menerima atau memberi hadiah yang melibatkan tugas rasminya.
Prosedur Penerimaan dan Pemberian Hadiah/Tajaan Jabatan Standard Malaysia
Borang Berkaitan
1. Lampiran U.P. 7.2.5 (A) - Permohonan Kelulusan Penerimaan Hadiah
2. Lampiran U.P.7.2.5 (B) - Akuan Pemberian Hadiah/ Sumbangan
Unit Integriti, Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah diwujudkan pada tahun 2020 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP6/2013) ‘Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam’ yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013. JSM telah dikategorikan sebagai agensi Kerajaan berisiko rendah pada 23 November 2023 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Unit Integriti ini berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Jabatan. Selain itu, ia bertanggungjawab untuk melaksanakan lima (5) fungsi teras seperti berikut: