Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
Pendidikan Mengenai Standard

Di Malaysia, pendidikan mengenai standard diterajui oleh Jabatan Standard Malaysia sebagai salah satu cara untuk meningkatkan penggunaan standard. Sasarannya adalah kepada generasi muda bertujuan untuk melengkapkan generasi masa depan/pemimpin dengan pengetahuan tentang standard dan pematuhan bagi memastikan pembangunan produk dan perkhidmatan yang berkualiti serta menggalakkan pembudayaan kualiti. Tiga kategori kumpulan sasaran utama ialah pelajar sekolah, pelajar kolej/universiti dan profesional muda.

education about standard
Kerangka Pendidikan Mengenai Standard
Kumpulan Sasaran Jangkaan Hasil Pelaksanaan
Pelajar Sekolah Meningkatkan kesedaran tentang standardisasi dalam kehidupan seharian melalui pengalaman berkaitan standard Pendekatan pendidikan tidak formal: program outreach, kem mula, pertandingan dalam talian seperti kuiz, poster infografik, video pendek
Pelajar Kolej/ Universiti Memahami bagaimana hubungan standardisasi dengan disiplin akademik mereka; sebagai persediaan untuk aplikasikan ilmu sebagai pekerja  Kursus berkaitan standardisasi di kolej/universiti; kursus jangka pendek, bengkel
Professional Muda Mengambil bahagian dan menyumbang dalam aktiviti standardisasi dan penilaian pematuhan Program Professional Muda
Program yang telah dijalankan
outreach programme

Program Outreach, Seminar / Simposium Kesedaran
Memperkenalkan konsep standard dan penilaian pematuhan kepada generasi muda dan menerapkan budaya kualiti.

 essay competition

Pertandingan Esei
Pertandingan saringan pemilihan menyertai Olimpik Standard Kebangsaan.

national standard olympiad

Olimpik Standard Kebangsaan
Memperkenalkan pengetahuan dan idea tentang standard dan pematuhan. Pertandingan ini menilai kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan kerjasama berpasukan di kalangan pelajar.

international standard olympiad

Olimpik Standard Antarabangsa
Pertandingan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang standard di kalangan belia dan membantu mereka memperoleh kemahiran standardisasi. Pada 2019, Malaysia telah berjaya memenangi anugerah tertinggi untuk pasukan terbaik dalam pertandingan ini.

trainer of trainer

Train of Trainers (TOT)
Program bersama guru bagi mencipta kesan berganda.

young professional

Young Professionals Programme

  • Mendidik profesional muda mengenai standard & pematuhan.
  • Menggalakkan penyertaan profesional muda dalam aktiviti standardisasi & akreditasi.
  • Bengkel sehari & lawatan teknikal.
engagement university

Penglibatan dengan Universiti

  • MOU dengan Universiti 
  • Program pembangunan kapasiti

 

Aras 4-7, Menara 2
Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor, MALAYSIA

Tel : +603-8008 2900
Faks : +603-8008 2901
E-mel : central[at]jsm[dot]gov[dot]my

Hari Ini 971

Semalam 2153

Minggu Ini 7358

Bulan Ini 14939

Jumlah 714545

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.