Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Sistem MySOL

An online system whereby more than 5000 Malaysian Standards (MS) Documents are accessible to purchase.

Sistem dalam talian yang menyediakan kemudahan pembelian bagi lebih 5000 Dokumen Malaysian Standard (MS).

Organisasi Diakredit

Find accredited organisations/facilities.

Carian organisasi atau fasiliti yang telah diakredit.

e-Accreditation

An online system for management of accreditation assessments.

Sistem dalam talian untuk pengurusan penilaian akreditasi.

Portal ISOlutions

A system which supports national and international standardisation activities.

Sistem yang membantu aktiviti standardisasi kebangsaan dan antarabangsa.

Pendaftaran IIN/RID

An application for IIN/RID Registration.

Permohonan bagi pendaftaran IIN/RID.

Landing Page

RID adalah sebahagian daripada Application Identifier (AID), yang distrukturkan mengikut ISO/IEC 7816-5 dan terdiri daripada dua bahagian:

  1. RID-, nombor unik yang diperuntukkan kepada pembekal aplikasi mengikut ISO/IEC 7816-5.
  2. Medan pilihan yang diberikan oleh penyedia aplikasi yang dikenali sebagai Sambungan Pengecam Aplikasi Proprietari (PIX), digunakan untuk mengenal pasti aplikasi atau produk yang berbeza.
  • Pengecam pembekal aplikasi pendaftaran (RID Antarabangsa, lima bait ditetapkan bermula dengan "A")
  • Sambungan pengecam aplikasi proprietari (PIX, sehingga sebelas bait)

Borang

Issuer Identification Number (IIN) bertujuan mengenal pasti institusi pengeluar kad dalam persekitaran antarabangsa.

International Organisation for Standardisation (ISO) telah memperkenalkan standard bagi sistem penomboran untuk mengenal pasti pengeluar kad. Ia diterangkan dalam standard berikut:

  1. ISO/IEC 7812 - Identification of cards - Identification of Issuers: Part 1: Numbering System
  2. ISO/IEC 7812 - Identification of cards - Identification of Issuers: Part 2: Application and registration procedures

Semua IIN diberikan nombor enam digit dan setiap pengeluar kad berhak mendapat satu IIN (bagi keahliannya dalam mana-mana skim kad, contohnya IIN yang diberikan daripada Visa). Oleh itu hanya satu IIN akan diberikan kepada setiap pengeluar kad. IIN ini mesti digunakan hanya untuk mengenal pasti pengeluar kad. Tiada IIN tambahan dikeluarkan bagi mengenal pasti jenis produk, perkhidmatan atau lokasi geografi.

Borang

  • LATAR BELAKANG

    Pusat Maklumat Jabatan Standard Malaysia (JSM) merupakan pusat rujukan sehenti tunggal yang menempatkan semua koleksi dokumen Malaysian Standard (MS) dan dokumen standard antarabangsa termasuk dokumen standard beberapa buah negara lain. Pusat Maklumat JSM juga berfungsi sebagai pentadbir perkhidmatan pengurusan maklumat bagi memastikan ketercapaian maklumat yang mudah dan berkesan.

     

    VISI DAN MISI

    VISI
    Pusat rujukan utama negara dalam bidang standardisasi dan akreditasi.

    MISI
    Menyediakan akses kepada sumber maklumat yang komprehensif berkenaan standardisasi dan akreditasi dalam menyokong penggunaan dan pembudayaan standard.

     

    WAKTU OPERASI

     Hari Masa
    Isnin hingga Khamis

    9.00 pagi – 4.00 petang

    1:00 petang - 2:00 petang (Rehat)

    Jumaat

    9.00 pagi – 4.00 petang

    12:15 tengah hari - 2:45 petang (Rehat)

    Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Tutup

     

    HUBUNGI KAMI

    Sila hubungi pustakawan di talian 03-8008 2922 atau emel di khairul[at]jsm[dot]com[dot]my

     

  • PERKHIDMATAN

    1. Pencarian Sumber Maklumat

      Katalog Malaysian Standard

      Pencarian koleksi MS dapat dibuat melalui pautan MySOL. Pengguna boleh mencari MS yang dikehendaki dengan menggunakan kata kunci, nombor MS, status dan sektor.

      Katalog Bahan Bacaan

      Senarai koleksi bahan bacaan Pusat Maklumat boleh dibuat melalui pautan ini. Bahan bacaan ini terdiri daripada buku fiksyen dan buku bukan fiksyen.
    2. Sirkulasi Bahan Perpustakaan
      Peminjaman bahan boleh dibuat melalui kaunter berdasarkan Polisi Pusat Maklumat yang telah ditetapkan.
    3. Rujukan dan Maklumat
      Perkhidmatan ini membantu secara asas pengguna dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan perpustakaan di samping membantu mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pengguna luar dikehendaki membuat temujanji terlebih dahulu.
    4. Pinjaman antara perpustakaan
      Perkhidmatan ini membantu pengguna untuk mendapatkan bahan yang tidak tersedia di dalam koleksi Pusat Maklumat.
    5. Permohonan standard untuk rujukan dalaman
      Perkhidmatan ini disediakan kepada warga JSM sahaja. Permohonan hendaklah dibuat menerusi pautan ini.
    6. Edaran Standard Percuma
      Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pengarah, JSM. Edaran ini tertakluk kepada polisi dan kelulusan Ketua Pengarah.
    7. Program Galakan Membaca
      Menganjurkan program berkaitan pembacaan bagi menggalakan minat membaca dalam kalangan warga JSM.
    8. Kesedaran Semasa
      Membuat hebahan dan maklumat berkaitan Pusat Maklumat kepada semua pengguna melalui medium taklimat, e-mel, poster dan video.

    KEMUDAHAN

    1. Internet
      Internet disediakan di Pusat Maklumat. Pengguna perlu memaklumkan kepada staf untuk mendapatkan kata laluan.
    2. Ruang Bacaan
      Ruang Bacaan disediakan di Pusat Maklumat dan boleh menampung sebanyak 11 orang pengguna dalam satu masa.
  • PERATURAN DI PUSAT MAKLUMAT

    Pengguna adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa berada di Pusat Maklumat seperti berikut:

    1. Berpakaian kemas dan bersesuaian serta tidak mencolok mata.
    2. Berkelakuan sopan dan tertib.
    3. Memelihara keharmonian antara pengguna dan petugas Pusat Maklumat.
    4. Tidak dibenarkan tidur, membuat gangguan, makan / minum dan merokok.
    5. Pengguna tidak dibenarkan untuk merosakkan bahan perpustakaan seperti membuat catatan dan sebagainya.
    6. Buku-buku yang telah dipinjam dan dibawa masuk ke Pusat Maklumat hendaklah ditunjukkan kepada kakitangan bertugas.
    7. Tidak dibenarkan mengambil gambar bahan perpustakaan tanpa kebenaran.
    8. Mengembalikan semula bahan bacaan di troli yang disediakan setelah dibaca.
    9. Tidak membawa keluar bahan perpustakaan tanpa kebenaran
    10. Ruang Pusat Maklumat hanya untuk aktviti perujukan sahaja.

    Pusat Maklumat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan barang persendirian yang ditinggalkan di luar atau di dalam Pusat Maklumat.

     

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.