Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Program Latihan Industri JSM menawarkan pelajar yang mengikuti bidang pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia untuk merasai pengalaman bekerja dan mendapat pendedahan kepada dunia pekerjaan sebenar. Anda akan menyertai mana-mana bahagian di JSM, Cyberjaya, Selangor bagi tempoh 3 hingga 6 bulan sebagai penggerak kepada ekonomi Malaysia.

Kelayakan permohonan Bidang Pengajian Dokumen yang diperlukan
  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau kursus sarjana muda di instutusi pengajian tinggi di Malaysia atau luar negara dengan minimum CGPA 2.5;
  • Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum;
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik dan mampu berkomunikasi secara berkesan; dan
  • Kebolehan melaksanakan tugas yang diarah dan bekerja dengan baik secara individu dan berkumpulan.
  • Sains atau bidang berkaitan Sains;
  • Ekonomi;
  • Kewangan;
  • Perniagaan;
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
  • Seni Lukis dan Reka Bentuk;
  • Sumber Manusia; atau
  • Pengurusan.
Pemohon yang berminat perlu menghantar dokumen seperti berikut:
  1. Borang Permohonan Latihan Industri
  2. Menandatangani Surat Tanggung Rugi/ Surat Aku Janji daripada universiti;
  3. Salinan resume beserta gambar terkini berukuran passport; dan
  4. Salinan Mini Transkrip (Rekod Akademik Pelajar).

Borang dan dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses. Permohonan hendaklah dihantar ke: 

Alamat:

Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Standarrd Malaysia,
Level 7, Tower 2, Menara Cyber Axis,
Jalan Impact, Cyber 6,
63000 Cyberjaya,
Selangor.

Hubungi

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai berikut:

En. Zainoren bin Mohd Bakren
: 03-8008 2906
: zainoren[at]jsm[dot]gov[dot]my

Pn. Syafiqa Sa'abah
: 03-8008 2910
: syafiqa_saabah[at]jsm[dot]gov[dot]my