Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Apakah FTA?

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ialah persetujuan diantara dua pihak dagangan atau lebih bagi mengurangkan atau melupuskan tarif kastam dan halangan bukan tarif ke atas perdagangan antara mereka.

Kepentingan FTA

  1. Persaingan di peringkat global: FTA menggalakkan persaingan di peringkat global, meningkatkan kecekapan industri domestik, pengkhususan industri dalam negara, produk yang lebih murah dan berkualiti untuk pengguna.
  2. Penghapusan monopoli global: Dengan FTA, monopoli global dihapuskan kerana persaingan yang semakin meningkat.
  3. Peningkatan pertumbuhan global:FTA membantu membina cara perkongsian dalam perdagangan dan pelaburan serta menawarkan sokongan bagi individu-ke-individu dan perniagaan-ke-perniagaan yang kukuh yang seterusnya meningkatkan pertumbuhan global.

FTA Malaysia

Malaysia telah menandatangani 16 FTA dan melaksanakan 15 FTA (7 FTA dua hala dan 8 FTA serantau). Jabatan Standard Malaysia telah dilantik sebagai Ketua Perunding untuk bab TBT/STRACAP.

Di bawah bab ini, pasukan perunding membincangkan mengenai penyediaan, penerimaan dan penggunaan standard, peraturan teknikal dan prosedur penilaian pematuhan seperti yang ditakrifkan dalam Lampiran 1 Perjanjian TBT, apa-apa yang mungkin menjejaskan perdagangan di antara Pihak-pihak, tanpa mengira negara asal barangan tersebut..

Untuk sebarang pertanyaan mengenai TBT/STRACAP, sila e-mel ke sfp[at]jsm[dot]gov[com]my. Maklumat lanjut mengenai FTA yang ditandatangani boleh didapati di sini