Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam aktiviti standardisasi kebangsaan, Kerajaan (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2004), menawarkan potongan cukai bagi perbelanjaan yang ditanggung oleh sektor swasta apabila mengambil bahagian dalam aktiviti standardisasi antarabangsa. Penyertaan seumpama ini mestilah mendapat pengesahan dan kelulusan daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Berikutan dengan ini, satu pindaan telah dibuat dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan memperkenalkan satu perenggan bagi peruntukan 34(6)(o):

"(o) satu amaun yang bersamaan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat dalam tempoh tertentu untuk mengambil bahagian dalam aktiviti standardisasi yang diluluskan oleh Jabatan Standard Malaysia".

No Tajuk Muat Turun
1 Borang Potongan Cukai DOCX  PDF
2 Garis Panduan Cukai PDF