Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Seksyen Akreditasi

Untuk menggalakkan lebih banyak Badan Pensijilan (CB) dan Makmal menyokong skim akreditasi Jabatan Standard Malaysia (JSM), Kerajaan telah menawarkan insentif cukai dalam bentuk potongan cukai untuk kos seperti Yuran Penilaian, Yuran Tahunan dan Yuran lain yang dikenakan oleh JSM. Potongan cukai ini terpakai untuk semua program yang ditawarkan oleh JSM di bawah pelbagai skim akreditasinya.

"Sistem Penilaian Kendiri" baharu yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membolehkan pembayar cukai untuk mengisytiharkan cukai pendapatan mereka sendiri. Pembayar cukai diberi tanggungjawab untuk mengira liabiliti cukainya sendiri. Oleh itu, CB dan makmal yang mendapat akreditasi dari JSM boleh memotong perbelanjaan yang dikenakan oleh JSM berdasarkan yuran-yuran seperti yang dinyatakan di atas dalam menentukan pelarasan pendapatan daripada perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, CB dan makmal dikehendaki menyimpan salinan resit pembayaran dan sijil akreditasi sebagai bukti pengisytiharan mereka kepada LHDN.

Di bawah perenggan 34(6)(ma), Akta Cukai Pendapatan 1967, syarikat berhak menuntut potongan dua kali bagi perbelanjaan yang dilakukan bagi tujuan mendapatkan pensijilan bagi sistem pengurusan kualiti yang diiktiraf daripada badan pensijilan yang mendapat akreditasi JSM seperti yang ditentukan oleh Menteri Kewangan. Mereka juga bertanggungjawab dalam menyimpan salinan sijil dan resit pembayaran bagi kos yang dikenakan oleh CB dalam mendapatkan pensijilan daripada mereka.

As per the paragraph 34(6)(m), Income Tax Act 1967:

"(m) an amount equal to the expenditure, not being capital expenditure, incurred by a company in the relevant period for the purpose of obtaining accreditation for a laboratory or as a certification body, as evidenced by a certificate issued by the Department of Standards Malaysia : Provided that the expenditure incurred in the relevant period shall be deemed to be incurred by that company in the basis period for the year of assessment in which the certificate is issued ; "(ma) an amount twice the amount of the expenditure, not being capital expenditure, incurred by a company in the relevant period for the purpose of obtaining certification for recognised quality systems and standards, and halal certification, evidenced by a certificate issued by a certification body as determined by the Minister: Provided that the expenditure incurred in the relevant period shall be deemed to be incurred by that company in the basis period for the year of assessment in which the certificate is issued.