About Us

Peranan dan Fungsi MSDAM

Seksyen 13 (3), Akta 549

Section 13 (3) (a)

untuk menasihati Menteri berkenaan dengan dasar, program, skim, projek dan aktiviti penstandardan dan akreditasi

Section 13 (3) (b)

untuk menasihati Menteri berkenaan dengan program, skim, projek dan aktiviti untuk menggalakkan kecekapan dan pembangunan perindustrian, dan bagi pelindungan pengguna,melalui aktiviti penstandardan dan akreditasi

Section 13 (3) (c)

untuk menasihati Menteri berkenaan dengan standard bagi komoditi, proses, amalan dan perkhidmatan

Section 13 (3) (d)

untuk menasihati Menteri mengenai keutamaan berkenaan dengan penstandardan untuk memastikan keberkesanan yang maksimum

Section 13 (3) (e)

untuk menasihati Menteri mengenai pelaksanaan berkesan Standard Malaysia bagi komoditi, proses, amalan dan perkhidmatan

Section 13 (3) (f)

untuk meluluskan kriteria yang berhubungan dengan penyediaan, pelulusan, penerimaan dan penetapan standard di Malaysia

Section 13 (3) (g)

untuk meluluskan kriteria yang berhubungan dengan akreditasi badan penilaian pematuhan

Section 13 (3) (i)

untuk menasihati Menteri mengenai penganjuran dan pelaksanaan program akreditasi

Section 13 (3) (k)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditentukan atau diwakilkan oleh Menteri

Note : Section 13 (3) (h)& (j) – deleted by Act 1425