Popular Standards

MS ISO 22000: 2012 - Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan - Keperluan untuk mana-mana organisasi dalam rantaian makanan

Skop standard? Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan – Keperluan untuk Organisasi dalam Rantaian Makanan (FSMS)
Apakah maksud pengesahan berdasarkan standard?

Organisasi telah mewujudkan pendekatan yang sistematik untuk menunjukkankemampuannya mengawal bahaya keselamatan makanan bagi memastikan makanan selamat apabila dimakan. Mematuhi keperluan standard dapat membantu organisasi yang berkaitan mematuhi keperluan undang-undang yang ditetapkan oleh Akta Makanan 1983, Akta (281), Peraturan Makanan 1985 dan keperluan lain dalam keselamatan dan pengendalian makanan

Siapakah yang perlu memohon?

Pengilang, peruncit dan operasi perkhidmatan makananatau mana-mana organisasi lain yang terlibat dalam rantaian makanan
Standard yang digunakan?

Standard Kebangsaan

  • MS ISO 22000:2012 – Food safety management systems- Requirements for any organisation in the food chain

         (ISO/IEC 27001:2005, IDT)
          atau
Standard Antarabangsa

  • ISO 22000:2005 – Food safety management systems- Requirements for any organisation in the food chain

*Standard bagi siri MS 22000 tentang Pengurusan Keselamatan Makanan juga disediakan untuk rujukan lanjut. Sila layari www.msonline.gov.my untuk mendapatkan standard tersebut. Standard-standard lain bagi siri ISO 22000 boleh juga didapati di www.iso.org

Kitaran pensijilan?

Proses dan kitaran pensijilan

MS ISO 9001

Bagaimana membuat permohonan?

Senarai badan pensijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia boleh diakses melalui URL yang berikut
http://www.jsm.gov.my/web/guest/cb-directory

*URL mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk semula laman web Jabatan Standard Malaysia di www.jsm.gov.my jika URL tidak berfungsi.

Manfaat pensijilan
  1. FSMS membantu anda menembusi pasaran domestik dan antarabangsa sambil mematuhi keperluan undang-undang dan keperluan lain
  2. Dengan mematuhi sistem, anda melindungi perniagaan anda dan memberikan keyakinan kepada pelanggan, pembekal serta pihak berkepentingan bahawa anda menyedari dan mampu menguruskan bahaya keselamatan makanan dan juga melaksanakan kawalan yang cukup untuk mengurangkan atau menghapuskan bahaya tersebut
  3. Perniagaan anda akan menjimatkan lebih banyak wang bagi insiden bahaya makanan kerana kos mencegah insiden bahaya makanan adalah lebih kecil berbanding kos mengendalikan dan mengambil tindakan pembetulan selepas bahaya berlaku
  4. Sistem ini menggalakkan penambahbaikan berterusan, yang akan memberikan kelebihan saing kepada perniagaan anda untuk bersaing dalam pasaran manakala bagi mereka yang telah berjaya, akan menjadi lebih berjaya dan berdaya tahan
  5. Sistem ini juga menitikberatkan keperluan sumber manusia yang seterusnyaakan turut meningkatkan moral dan komitmen kakitangan dalam menangani bahaya keselamatan makanan
  6. Mematuhi standard memberikan anda pengiktirafan untuk kelebihan saing
  7. Semua yang di atas akan meningkatkan keberuntungan dan jaminan perniagaan
FSMS secara lebih mudah

Klausa 4 – Keperluan FSMS

  1. Mewujudkan FSMS berdasarkan pendekatan proses, melaksanakan, menyelenggara, menilai dan mengemaskinikan sistem tersebut
  2. Mendokumenkan FSMS yang merangkumi dasar keselamatan makanan dan objektif yang berkaitan, prosedur dan rekod yang dikehendaki oleh standard serta dokumen yang diperlukan oleh organisasi untuk memastikan FSMS yang berkesan. Mewujudkan prosedur tentang dokumen dan mewujudkan dokumen kawalan rekod

Klausa 5 –Tanggungjawab Pengurusan

Pengurusan organisasi anda perlu menunjukkan bukti bagi komitmen terhadap pewujudan, pelaksanaan, operasi, pemantauan, kajian semula, penyelenggaraan dan penambahbaikan FSMS seperti yang dikehendaki dengan:

  1. mewujudkan objektif perniagaan untuk menyokong keselamatan makanan
  2. menyampaikan kepada organisasi tentang pentingnya memenuhi keperluan standard, statutori atau kawal selia dan pelanggan
  3. mewujudkan dasar keselamatan makanan
  4. menyediakan sumber yang cukup untuk mewujudkan, melaksanakan, mengendali, memantau, mengkaji semula, menyelenggara dan menambah baik FSMS
  5. melantik ketua kumpulan keselamatan makanan untuk menguruskan pelaksanaan FSMS
  6. mewujudkan komunikasi dalaman dalam organisasi dan menguruskan komunikasi luar dengan mentakrifkan tanggungjawab dan kuasa untuk menyampaikan maklumat tentang keselamatan makanan dengan pembekal, kontraktor, pelanggan, pengawal selia dan organisasi lain yang mempunyai impak ke atas FSMS.
  7. mewujudkan prosedur tentang kesiapsediaan dan maklumbalas untuk kecemasan dan kemalangan keselamatan makanan
  8. mengadakan mesyuarat kajian semula pengurusan untuk menilai keberkesanan FSMS dengan menilai input kajian semula dan memastikan output kajian semula memasukkan keputusan serta tindakan yang diperlukan untuk menambah baik FSM

Klausa 6 – Keperluan Sumber

  1. Mengenal pasti sumber yang diperlukan untuk sistem dan menyediakannyauntuk FSMS
  2. Memastikan kecekapan sumber manusia, mengenal pasti dan memberikan latihan yang diperlukan. Menilai kecekapan selepas latihan
  3. Mengenal pasti infrastruktur yang diperlukan untuk menyampaikan produk yang memenuhi keperluan pelanggan
  4. Memastikan persekitaran kerja yang sesuai untuk kakitangan

Klausa 7 –Perancangan dan realisasi produk selamat

  1. Merancang dan membangunkan proses yang diperlukan untuk merealisasikan produk selamat.
  2. Melaksanakan program Prasyarat (PRP) yang sesuai dan telah ditentusahkan yang memenuhi keperluan keselamatan makanan, mematuhi keperluan undang-undang dan keperluan lain yang berkaitan.
  3. Bersedia menjalankan analisis bahaya dengan :
    • mengumpulkan maklumat yang berkaitan yang diperlukan untuk analisis
    • melantik kumpulan keselamatan makanan yang kompeten untuk menjalankan analisis
    • menerangkan ciri ramuan, bahan dan produk akhir
    • mendokumenkan kegunaan yang ditetapkan bagi produk akhir
    • menyediakan carta aliran bagi produk dan menerangkan kawalan dan prosedur sedia ada
  4. Kumpulan keselamatan makanan hendaklah menjalankan analisis bahaya untuk menentukan bahaya yang perlu dikawal, tahap kawalan yang diperlukan dan gabungan langkah kawalan mana yang diperlukan. Mereka hendaklah:
    • mengenal pasti bahaya dan menentukan tahap boleh terima
    • menilai bahaya keselamatan makanan
    • memilih dan menilai langkah kawalan
    • mendokumenkan kegunaan yang ditetapkan bagi produk akhir
    • menyediakan carta aliran bagi produk dan menerangkan kawalan dan prosedur sedia ada
  5. Mewujudkan PRP bagi operasi (OPRP)
  6. Mewujudkan Rancangan HACCP dengan:
    • mendokumenkan rancangan tersebut
    • mengenal pasti titik kawalan kritikal (CCP)
    • menentukan had kritikal CCP
    • memantau CCP
    • mengambil tindakan pembaikan dan pembetulan yang dirancang apabila had kritikal melebihi nilai yang ditetapkan dalam Rancangan HACCP
  7. Mengemaskinikan maklumat dan dokumen permulaan yang dinyatakan dalam PRP dan Rancangan HACCP jika perlu.
  8. Merancang dan menjalankan penentusahan PRP, input analisis bahaya, OPRP, unsur dalam pelan bahaya, tahap bahaya berada pada tahap boleh terima dan prosedur yang dikehendaki dilaksanakan dengan berkesan.
  9. Mewujudkan sistem boleh kesan untuk mengesan pengenalpastian lot produk, kelompok bahan mentah, rekod pemprosesan dan penyerahan.
  10. Mengawal produk yang tidak mematuhi keperluan dengan :
    • mewujudkan prosedur bagi produk yang yang tidak mematuhi keperluan
    • mengenal pasti kegunaan dan pelepasan produk yang tidak mematuhikeperluan
    • menguruskan dan mengawal pembaikan produk
    • menjalankan penilaian data dan mengendalikan prosedur tindakan pembetulan
    • mewujudkan prosedur untuk tindakan pembetulan
    • menguruskan kemungkinan produk tidak selamat
    • menguruskan dan menarik balik produk tidak selamat dengan;
      • Melantik personel dan memberikan mereka kuasa untuk menguruskan penarikan balik lot produk akhir tidak selamat
      • Mewujudkan dan menyelenggara prosedur untuk mengawal penarikan balik lot produk akhir tidak selamat
      • Mendapatkan atau menyelia semua lot produk akhir yang ditarik balik
      • Merekodkan aktiviti penarikan balik produk tidak selamat
      • Melaporkan penarikan balik produk tidak selamat kepada pengurusan atas
      • Menggunakan teknik yang sesuai untuk menentusahkan keberkesanan program penarikan balik produk bagi organisasi
      • Merekodkan keberkesanan program penarikan balik

Klausa 8 –Pengesahan, penentusahan dan penambahbaikan FSMS

  1. Mewujudkan rancangan untuk mengesahkan kaedah keselamatan makanan dapat memenuhi objektif yang ditetapkan.
  2. Mengesahkan langkah kawalan keselamatan makanan untuk memastikan ia berkesan dan mengesahkannya semula jika terdapat perubahan pada langkah kawalan.
  3. Mengawal kaedah dan kelengkapan pemantauan dan pengukuran untuk memastikan prestasi prosedur pemantauan dan pengukuran.
  4. Menentusahkan FSMS dengan menjalankan audit dalaman pada selamasa yang dirancang, menilai keputusan penentusahan dan menganalisis keputusan aktiviti penentusahan.
  5. Memastikan keputusan penambahbaikan berterusan dan keberkesanan FSMS melalui penggunaan dasar keselamatan makanan, objektif, keputusan audit, analisis dan keputusan aktiviti penentusahan, pengesahan langkah kawalan, tindakan pembetulan dan pembaikan dan juga kajian semula pengurusan.
  6. Mengemaskinikan FSMS seperti yang dikehendaki.

**Penafian:Tafsiran mungkin berbeza dalam keadaan, skop dan persekitaran tertentu. Standard inihendaklah digunakan sebagai garis panduan dan gambaran keseluruhan umum dalam mematuhi standard.Panduan dan bimbingan oleh sumber yang terlatih diperlukan bagi memastikan tafsiran dan pelaksanaan standard dilakukan dengan betul.