Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Issuer Identification Number (IIN) bertujuan mengenal pasti institusi pengeluar kad dalam persekitaran antarabangsa.

International Organisation for Standardisation (ISO) telah memperkenalkan standard bagi sistem penomboran untuk mengenal pasti pengeluar kad. Ia diterangkan dalam standard berikut:

  1. ISO/IEC 7812 - Identification of cards - Identification of Issuers: Part 1: Numbering System
  2. ISO/IEC 7812 - Identification of cards - Identification of Issuers: Part 2: Application and registration procedures

Semua IIN diberikan nombor enam digit dan setiap pengeluar kad berhak mendapat satu IIN (bagi keahliannya dalam mana-mana skim kad, contohnya IIN yang diberikan daripada Visa). Oleh itu hanya satu IIN akan diberikan kepada setiap pengeluar kad. IIN ini mesti digunakan hanya untuk mengenal pasti pengeluar kad. Tiada IIN tambahan dikeluarkan bagi mengenal pasti jenis produk, perkhidmatan atau lokasi geografi.

Borang