Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Sistem MySOL

An online system whereby more than 5000 Malaysian Standards (MS) Documents are accessible to purchase.

Sistem dalam talian yang menyediakan kemudahan pembelian bagi lebih 5000 Dokumen Malaysian Standard (MS).

Organisasi Diakredit

Find accredited organisations/facilities.

Carian organisasi atau fasiliti yang telah diakredit.

e-Accreditation

An online system for management of accreditation assessments.

Sistem dalam talian untuk pengurusan penilaian akreditasi.

Portal ISOlutions

A system which supports national and international standardisation activities.

Sistem yang membantu aktiviti standardisasi kebangsaan dan antarabangsa.

Pendaftaran IIN/RID

An application for IIN/RID Registration.

Permohonan bagi pendaftaran IIN/RID.

Others

    • Apakah itu standard?

      Dokumen yang diwujudkan secara sepersetujuan dan diluluskan oleh suatu badan yang diiktiraf, yang memperuntukkan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri bagi aktiviti atau keputusan aktiviti itu, yang matlamatnya ialah pencapaian peringkat susunan yang optimum dalam sesuatu konteks yang diberikan, yang pematuhannya tidak mandatori. Ini juga termasuk atau berurusan secara eksklusif dengan terminologi, simbol, pembungkusan, penandaan atau keperluan pelabelan sebagaimana yang digunakan pada produk, proses atau kaedah pengeluaran.

      Sumber: Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549]

    • Apakah Malaysian Standard?

      Malaysian Standard (MS) adalah dokumen konsensus yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Standard (SDC) melalui Sistem Pembangunan Malaysian Standard dan diluluskan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengikut Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549].

      MS merupakan dokumen teknikal yang menentukan keperluan minimum kualiti dan keselamatan bagi pengunaan secara sukarela oleh umum. MS menjadi mandatori apabila agensi penguatkuasa menguatkuasakan MS melalui relevan akta dan peraturan-peraturan.

    • Apakah prinsip panduan dalam pembangunan Malaysian Standard?

      Prinsip panduan dalam pembangunan Malaysian Standard adalah ISO/IEC Guide 59, Kod Amalan Baik untuk Standardisasi dan Annex 3 dalam Perjanjian WTO/TBT.

    • Jenis-jenis Malaysian Standard
      1. Spesifikasi
      2. Kaedah ujian
      3. Kod amalan
      4. Terminologi/glosari/kosa kata/simbol/tatanama
      5. Klasifikasi/penggredan
      6. Garis panduan
    • Mengapa Malaysian Standard penting?

      Rujukan kepada Malaysian Standard memberikan faedah kepada pihak berkepentingan dalam mencapai:

      1. Sebagai medium perlindungan kepada pengguna dan kebajikan awam
      2. Standard menyediakan asas sebagai perundangan untuk mengawal kualiti, melindungi pengguna dan memastikan kesihatan serta keselamatan
      3. Standard memastikan kesesuaian bagi tujuan produk dan sesuatu perkhidmatan
      4. Standard menentukan keperluan minimum kualiti, kesihatan dan keselamatan termasuklah bidang yang melibatkan alam sekitar dan keselamatan pekerjaan, kebolehpercayaan dan kualiti kepada pengguna
      5. Standard memastikan keserasian, kebolehtukaran dan kebolehoperasian untuk memberi manfaat kepada pengguna. Sebagai dokumen konsensus, Standard mencerminkan keperluan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
      6. Meningkatkan kecekapan dan pembangunan industri
      7. Istilah dan simbol standard membantu dalam pemahaman yang lebih baik
      8. Standard sesuatu produk membantu memastikan reka bentuk yang baik dan peningkatan kualiti produk
      9. Standard sesuatu produk membantu dalam meransang ekonomi melalui kepelbagaian rasionalisasi dan kebolehtukaran komponen, bahan dan amalan
      10. Proses standard yang dipatuhi, akan menambahbaik proses pembuatan
      11. Kod amalan mewujudkan amalan baik dalam semua bidang contohnya pemasangan, pembinaan dan sebagainya.
      12. Aktiviti pengujian Standard menetapkan tahap keterulangan dan kebolehulangan yang diiktiraf/diakui
      13. Standard sebagai sumber asas teknologi semasa dan boleh bertindak sebagai saluran pemindahan teknologi
      14. Standard menggalakkan persefahaman yang lebih baik antara pembeli dan penjual dan menyediakan penyelesaian masalah
      15. Standard memudahkan komunikasi
      16. Penggunaan Standard menyediakan asas untuk mengatur pembangunan perindustrian
      17. Penggunaan Standard membawa faedah kepada ekonomi
      18. Standard membantu dalam aktiviti import dan eksport
    • Apakah itu Jawatankuasa Pembangunan Standard (SDC)?

      Jawatankuasa Pembangunan Standard (SDC) yang ditubuhkan di bawah Sistem Pembangunan Malaysian Standard bagi tujuan membangunkan dokumen Malaysian Standard dan penglibatan dalam aktiviti standardisasi di peringkat antarabangsa. Ini termasuklah keseluruhan Jawatankuasa Standard Kebangsaan (NSC), Jawatankuasa Teknikal (TC) dan Kumpulan Kerja (WG).

    • Apakah itu Jawatankuasa Standard Kebangsaan (NSC)?

      Jawatankuasa Standard Kebangsaan (NSC) merupakan perwakilan seimbang yang ditubuhkan oleh Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia (MSDAM) dengan terma-terma rujukan yang ditetapkan untuk menyelia aktiviti penyeragaman kebangsaan dan antarabangsa dalam skop yang ditakrifkan oleh MSDAM.

    • Apakah Jawatankuasa Teknikal (TC)?

      Jawatankuasa Teknikal (TC) yang ditubuhkan oleh NSC dengan terma rujukan yang khusus bagi memantau aktiviti standardisasi kebangsaan dan antarabangsa di bawah skop yang dipertanggungjawabkan oleh NSC.

      TC boleh menubuhkan Kumpulan Kerja (WG) untuk tujuan menjalankan tugas-tugas tertentu.

      Antara peranan TC adalah membangunkan, menyediakan dan menyemak dokumen MS merangkumi skop umum dan juga bertanggungjawab untuk meluluskan draf MS bagi peringkat ulasan umum serta menyemak maklum balas ulasan umum yang diterima.

      TC turut bertanggungjawab untuk menyokong NSC induknya dengan mengkaji draf standard antarabangsa dan hal-hal berkaitan untuk memberikan maklum balas melalui undian serta menerusi penglibatan dalam mesyuarat antarabangsa. TC perlu seimbang dari segi perwakilan.

    • Apakah itu Kumpulan Kerja (WG)?

      Kumpulan Kerja (WG) merupakan jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar yang dilantik dan bersama bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini hendaklah seimbang sekiranya melaporkan terus kepada NSC atau merupakan National Mirror Committee (NMC).

    • Apakah itu Jawatankuasa Cerminan Kebangsaan?

      Jawatankuasa Pembangunan Standard (SDC) yang mencerminkan struktur jawatankuasa antarabangsa yang mana Malaysia mengambil bahagian dan memerhati serta ditanggungjawabkan untuk memastikan kedudukan negara dalam pembangunan standard antarabangsa dan isu berkaitan terpelihara.

    • Mengapakah peringkat ulasan umum mengambil masa 60 hari?

      Berdasarkan Perjanjian WTO-TBT, adalah menjadi kewajipan untuk memastikan semua pihak berkepentingan dirujuk. Oleh itu, Ulasan Umum perlu dikendalikan dalam tempoh masa 60 hari seperti yang termaktub di dalam Perjanjian WTO-TBT, Annex 3, para L.

    • Apakah ISO?

      International Organization for Standardization (ISO) ialah organisasi antarabangsa bukan kerajaan dengan keahlian badan-badan standard kebangsaan dari serata dunia.

      Melalui ahlinya, ISO menyatukan pakar-pakar untuk berkongsi pengetahuan dan membangunkan secara sukarela, Standard Antarabangsa berkebolehanpasaran berasaskan konsensus yang mendorong inovasi dan menyediakan penyelesaian kepada cabaran global.

      [Sumber: Laman Web ISO]

    • Apakah IEC?

      International Electrotechnical Commission (IEC) ialah organisasi bukan bermotifkan untung yang mengumpulkan negara-negara dari serata dunia dan menyelaraskan usaha 20 000 pakar seluruh dunia. Standard Antarabangsa IEC dan penilaian pematuhan menyokong perdagangan antarabangsa bagi barangan elektrik dan elektronik. Ini membantu akses elektrik, dan memastikan keselamatan, prestasi dan kebolehoperasian peranti dan sistem elektrik dan elektronik, termasuk contohnya peranti pengguna seperti telefon bimbit atau peti sejuk, peralatan pejabat dan perubatan, teknologi maklumat, penjanaan elektrik dan sebagainya.

      [Sumber: Laman Web IEC]

    • Apakah SMIIC?

      Standards and Metrology Institute for the Islamic Countries (SMIIC) ialah organisasi standardisasi serantau antara kerajaan yang bermatlamat untuk mencapai persefahaman dalam standard, mencapai keseragaman dalam metrologi, ujian makmal dan mewujudkan skim penilaian pematuhan bagi tujuan mempercepatkan pertukaran bahan, barangan perkilangan dan produk Dunia Islam di bawah Organisation of Islamic Cooperation (OIC).

      [Sumber: Laman Web SMIIC]

    • Apakah faedah menjadi ahli kepada ISO, IEC dan SMIIC?
      1. Membolehkan pakar dan pihak berkepentingan sesebuah negara untuk mengambil bahagian dan membawa ulasan mewakili negara dalam pembangunan standard di peringkat dasar atau teknikal
      2. Negara ahli boleh menerima pakai standard/penerbitan oleh ISO/IEC/SMIIC sebagai pemakaian kebangsaan (national adoptions)
      3. Boleh mengambil bahagian dalam pembangunan standard antarabangsa
      4. Boleh mengenengahkan minat dan keutamaan Malaysia dalam perbincangan pembangunan standard
      5. Menjual standard dan penerbitan ISO, pengunaan hak cipta serta nama dan logo ISO
    • Apakah 6 prinsip pembangunan Malaysian Standard?
      • Keterbukaan
      • Dimensi pembangunan
      • Ketelusan
      • Kesaksamaan dan konsensus
      • Kesepaduan
      • Keberkesanan dan relevan
    • Mengapa Malaysian Standard diyakini?

      Malaysian Standard boleh dipercayai atau diyakini kerana:

      1. Diluluskan oleh Menteri
      2. Mengikuti amalan standardisasi baik dalam proses pembangunannya
      3. Menjalani proses ulasan umum selama 60 hari
      4. Diwakili oleh pelbagai pihak berkepentingan dalam proses pembangunannya
      5. Satu dokumen konsensus yang dibangunkan oleh para pakar bagi membantu pihak berkepentingan
    • Apakah perbezaan antara Malaysian Standard dengan standard-standard yang lain di Malaysia?

      Dokumen Malaysian Standard (MS) merupakan rujukan utama kepada pihak berkepentingan yang merangkumi semua bidang, melibatkan produk dan perkhidmatan. Berikut adalah perkara-perkara yang membezakan MS daripada standard lain:

      1. Diluluskan oleh Menteri
      2. Menjalani proses ulasan umum selama 60 hari
      3. Menetapkan amalan penyeragaman yang baik sepanjang proses pembangunannya
      4. Tertakluk kepada semakan bagi setiap 5 tahun
      5. Boleh digunakan oleh pengawal selia, pengguna akhir, persatuan, syarikat dan pihak berkepentingan lain
    • Bagaimana saya dapat melibatkan diri dalam pembangunan Malaysian Standard?

      Sekiranya seseorang pakar berminat untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan Malaysian Standard, boleh menghantar permohonan beserta CV / resume kepada:

      Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia),
      Level 4, 5, 6 & 7, Tower 2, Menara Cyber Axis,
      Jalan Impact, Cyber 6,
      63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
      Tel : +603-8008 2900
      Fax : +603-8008 2901
      Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    • Apakah balanced representation?

      Perwakilan di dalam Jawatankuasa Pembangunan Standard (SDC) perlu seimbang supaya tiada mana-mana kategori mendominasi prosedur undian. Kategori bagi perwakilan adalah seperti berikut:

      1. Umum
      2. Pengeluar
      3. Penguatkuasa/Kerajaan
      4. Pengguna
    • Bagaimanakah saya boleh mencadangkan pembangunan atau semakan/pindaan Malaysian Standard?

      Sebarang cadangan untuk pembangunan baharu atau semakan/pindaan Malaysian Standard memerlukan permohonan rasmi melalui borang New Work Item Proposal (NP). Borang NP boleh dicapai melalui pautan disini

    • Adakah saya dibenarkan untuk memberi komen atau maklum balas terhadap sesuatu Draf Malaysian Standard?

      Sesiapa sahaja boleh memberikan komen terhadap Draf Malaysian Standard semasa peringkat ulasan umum. Senarai draf yang sedang melalui ulasan umum boleh dilihat di pautan disini

    • Apakah jenis penyelenggaraan Malaysian Standard yang ada?

      Pindaan
      Pengubahsuaian, penambahan atau pengeluaran bahagian tertentu kandungan Malaysian Standard sedia ada. Jenis pindaan termasuk editorial dan teknikal.

      Semakan
      Satu proses yang melibatkan pindaan major dan pembangunan versi Malaysian Standard yang baharu.

      Pengesahan
      Malaysian Standard yang telah disahkan, bahawa masih digunakan dan tiada keperluan perubahan teknikal pada kandungannya.

      Penarikan balik dengan gantian
      Satu proses untuk mengeluarkan Malaysian Standard yang telah digantikan dengan versi baharu.

      Penarikan balik tanpa gantian
      Satu proses untuk mengeluarkan Malaysian Standard yang tidak lagi digunakan atau dipraktikkan.

    • Bolehkah Malaysian Standard diterjemahkan?

      Ya. Borang New Work Item Proposal (NP) perlu diisi dan ini tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa induk/DSM. Borang NP boleh dicapai melalui pautan disini

    • Bolehkah saya menggunakan petikan daripada Malaysian Standard dalam tesis/persembahan/penerbitan saya?

      Kandungan Malaysian Standard (MS) adalah hak cipta dan kepunyaan Jabatan Standard Malaysia. Oleh itu, sebarang rujukan/petikan daripada MS hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

    • Bolehkah saya menerbitkan semula atau mencetak keseluruhan atau sebahagian daripada Malaysian Standard yang telah saya beli?

      Kandungan Malaysian Standard (MS) adalah hak cipta dan kepunyaan Jabatan Standard Malaysia. Oleh itu, sebarang rujukan/petikan daripada MS hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

    • Mengapakah pemakaian draf penuh standard ISO tidak boleh dilihat ketika ulasan umum?

      Kandungan daripada pemakaian (sama/pengubahsuaian) standard ISO tidak boleh diberikan secara percuma kerana tertakluk kepada hak cipta ISO dan NSB. Sila rujuk kepada dokumen ISO POCOSA dan DSM POMS untuk penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

    • Bagaimana untuk membeli Malaysian Standard (MS)?

      Malaysian Standard boleh dibeli melalui langkah-langkah berikut:

      1. Soft copy secara online di https://mysol.jsm.gov.my/
      2. Hard copy boleh didapati daripada kaunter jualan bertempat di:

      JABATAN STANDARD MALAYSIA
      TINGKAT 4, MENARA 2,
      MENARA CYBER AXIS,
      JALAN IMPACT, CYBER 6,
      63000 CYBERJAYA,
      SELANGOR.

      Untuk sebarang maklumat lanjut, sila email kepada unit Jualan JSM : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    • Pegawai untuk dihubungi

      Pegawai : Encik Muhammad Ashraf Mahmood Dean

      E-mel      : asyrafdean[@]jsm[dot]gov[dot]my

    • Apa itu CAB?

      CAB (Badan Penilaian Pematuhan) adalah badan yang menjalankan aktiviti penilaian pematuhan dan boleh menjadi objek kepada akreditasi .

      Sumber: ISO/IEC 17011:2017

      Contoh seperti badan pensijilan, badan pemeriksa dan makmal pengujian dan penentukuran.

    • Apakah perbezaan antara Akreditasi dan Pensijilan?

      Akreditasi dan Pensijilan mempunyai maksud yang sangat berbeza walaupon berhubungkait dan biasa digunakan istilahnya. Dalam istilah awam, akreditasi boleh digambarkan sebagai “memperakui badan yang mengeluarkan sijil”.

       

      Salah satu Badan Penilaian Pematuhan (CAB) sebagai contoh Badan Pensijilan yang telah berjaya diakredit dan telah menjalani penilaian oleh Badan Akreditasi seperti JSM adalah bertujuan untuk mematuhi piawaian antarabangsa. Selain itu, penilaian ini juga merangkumi kesaksamaan dan kompetensi Badan Pensijilan dalam menjalankan aktiviti audit.

       

      Pensijilan pula merupakan proses audit yang dilaksanakan oleh Badan Pensijilan yang mana ia adalah badan bebas dan pihak ketiga yang kompeten dengan memperakui bahawa hasil produk, sistem pengurusan atau pensijilan personel telah mematuhi keperluan khusus dalam piawaian.

    • Bagaimana untuk mendapatkan akreditasi?

      Borang permohonan boleh didapati di portal JSM untuk pelbagai program.

       

      Setelah borang permohonan telah lengkap dan yuran permohonan telah dibayar, proses penilaian untuk mendapatkan akreditasi akan dijalankan.

    • Laporan manakah yang memberikan anda lebih yakin dengan kesahihannya?

      Keyakinan – Satu jaminan yang mana jangkaan anda dipenuhi. Sebagai contoh, menggunakan perkhidmatan makmal diakredit SAMM dapat memberikan anda keyakinan terhadap laporan pengujian yang diberikan kepada anda.

    • Apa yang saya dapat daripada SAMM- laporan pengujian yang telah disahkan?
      • Terdapat tarikh sah laku pengujian atau penentukuran
      • Makmal yang telah dinilai secara bebas terutamanya untuk kompetensi teknikal
      • Pengujian telah dilakukan mengikut spesifikasi, kaedah pengujian atau penentukuran dan menepati persekitaran ujian
      • Peralatan pengujian atau penetukuran yang digunakan telah dikendalikan dan disimpan dengan rapi
      • Peralatan yang digunakan dalam pengujian telah ditentukuran dengan betul dan diselengara mengikut jadual yang ditetapkan
      • Menggunakan prosedur persampelan yang betul
      • Laporan pengujian yang diterbitkan mengikut keputusan ujian yang tepat
      • Melakukan kawalan kualiti yang sesuai
    • Apa itu makmal yang diakredit SAMM?
      • The laboratory must be able to demonstrate
      • Makmal hendaklah boleh mendemonstrasikan
      • Kompeten untuk menjalankan pengujian, penentukuran atau kalibrasi yang spesifik
      • Pengurusan makmal yang baik
      • Staf yang berkelayakan dan terlatih
      • Mempunyai pengurusan peralatan dan pematuhan kepada program penentukuran dan penyelenggaraan
      • Penyimpanan rekod yang tepat dan lengkap
      • Mematuhi kawalan kualiti dan prosedur jaminan kualiti
      • Kepatuhan kepada audit dalaman
      • Kemudahan untuk pengendalian, penyimpanan dan ujian sampel
      • Jaminan berkenaaan perkhidmatan yang digunakan dan sokongan luaran
      • Komitmen untuk melaksanakan perkhidmatan yang terbaik
    • Pegawai untuk dihubungi

      1. Pegawai 1 : Cik Siti Norehan Binti Ishak

          emel        : norehan[@]jsm[dot]gov[dot]my

      2. Pegawai 2 : Encik Mark Mariba Anak Rantai

          emel        : markmariba[@]jsm[dot]gov[dot]my

Apa itu RSS? RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C). Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara dalam talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Kemudahan RSS disediakan bagi memudahkan capaian pengguna kepada maklumat terkini atau berita mengenai kami dengan lebih pantas dan mudah. Maklumat terkini mengenai ini juga boleh dicapai terus tanpa perlu melayari laman web kami ini sekiranya anda telah subscribe pada kemudahan RSS.

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.