Accreditation

Akreditasi

Komuniti akreditasi di seluruh dunia meraikan Hari Akreditasi Dunia pada 9 Jun setiap tahun. Hari Akreditasi Dunia (WAD) 2018 menyoroti bagaimana akreditasi menbantu ke arah dunia yang lebih selamat.

Di seluruh dunia, kita berkongsi sentimen bahawa persekitaran di mana kita bekerja, makanan yang kita makan dan perkhidmatan yang kita perolehi seperti perbankan atas talian adalah selamat. Tetapi kenyataannya jauh dari jangkaan seperti yang ditunjukkan oleh statistik. Di seluruh dunia, kira-kira 2.78 juta kes maut akibat insiden pekerjaan dilaporkan setiap tahun. Di Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menyiasat 3,246 insiden yang berkaitan dengan pekerjaan dan 206 daripada insiden tersebut  mengakibatkan kematian bagi tahun 2017 (Sumber: Portal DOSH).

Standard, penilaian pematuhan dan akreditasi merupakan mekanisme yang telah digunakan dan diterimapakai bagi membantu kearah dunia yang lebih selamat. Kerajaan dan badan pengawalselia menetapkan dasar dan peraturan teknikal terhadap perkhidmatan dan produk yang diletakkan di pasaran serta yang berkaitan dengan tempat kerja. Badan penilaian pematuhan yang telah diakredit membantu dalam mengesahkan pematuhan terhadap keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Standard yang baru diterbitkan seperti ISO 45001 - Occupational health and safety membolehkan industri bersedia untuk mematuhi peraturan, mengurangkan kos gangguan, dan mengurangkan kos premium insurans.

Tonton video WAD2018 untuk memahami peranan akreditasi membantu ke arah dunia yang lebih selamat.

Video versi Bahasa Inggeris | Video versi Bahasa Malaysia

Muat turun: Joint statement | Brosur | Poster