Standards

Public Comment

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 3 OKTOBER 2019 HINGGA 2 DISEMBER 2019

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini disertakan senarai draf Malaysian Standards (MS) yang sedang dibangunkan seperti di Lampiran A untuk ulasan umum.

Draf-draf Malaysian Standards tersebut adalah mengenai pelbagai barangan, proses-proses dan tatasusila amalan dalam pelbagai bidang industri yang dibangunkan di bawah Jawatankuasa Standard Kebangsaan (NSC) di Jabatan Standard Malaysia. 

Penyediaan draf-draf Malaysian Standards tersebut telah dibuat oleh jawatankuasa berkaitan yang ditubuhkan di bawah Sistem Pembangunan Malaysian Standard yang diwakili oleh pihak industri, kementerian, agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan yang pakar dalam bidang berkenaan. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Standard Malaysia mengalu-alukan sebarang ulasan ke atas draf-draf Malaysian Standards tersebut.

Bagi mereka yang bukan ahli bagi mana-mana jawatankuasa pembangunan standard, draf-draf Malaysian Standards yang diterima pakai (adopted) dari standard ISO/IEC, ASTM dan EN boleh diperolehi (dalam bentuk hard copy sahaja) DENGAN bayaran seperti tertera. Tuan/puan boleh membeli draf Malaysian Standards tersebut dengan datang sendiri ke Kaunter Jualan Standard, di Jabatan Standard Malaysia; atau boleh menyemak secara percuma di Perpustakaan Jabatan Standard Malaysia. Selain daripada draf Malaysian Standards yang diterima pakai (adopted), draf Malaysian Standards untuk ulasan umum boleh dimuat turun TANPA bayaran dari halaman yang tertera di bawah.

Draf-draf untuk ulasan umum boleh diperolehi daripada:

 

Jabatan Standard Malaysia

(u.p.: Bahagian Standardisasi)

Tel: 03-8008 2869 (Nor Jalilah Md Yusop)

03-8008 2864 (Fakheezah Borhan)

Fax: 03-80082901

E-mail: pc@jsm.gov.my

 

Dimaklumkan juga bahawa draf-draf Malaysian Standards tersebut masih dalam peringkat penyediaan dan tertakluk kepada pindaan dan bukan digunakan untuk rujukan rasmi sebagai Malaysian Standards. Memandangkan draf-draf tersebut juga adalah hakcipta organisasi-organisasi yang berkenaan seperti Jabatan Standard Malaysia, ISO/IEC, ASTM dan CEN, tuan/puan adalah dilarang daripada membuat salinan dan mengedarkannya kepada pihak lain.

Sekiranya pihak Tuan/ Puan ingin membuat sebarang ulasan dan pandangan terhadap draf MS tersebut, Tuan/ Puan hendaklah menggunakan borang yang disediakan. (Sila klik DI SINI untuk memuatturun borang ulasan umum tersebut)

Semua ulasan hendaklah sampai ke Jabatan Standard Malaysia melalui emel pc@jsm.gov.my selewat-lewatnya pada:

2 Disember 2019

Kami juga berharap untuk mendapat kerjasama daripada pihak tuan/puan agar dapat membuat pautan laman sesawang organisasi tuan/puan kepada laman sesawang kami di www.jsm.gov.my bagi tujuan pemberitahuan kepada ahli pertubuhan dan organisasi tuan/puan.

Kerjasama serta sokongan tuan/puan dalam perkara ini diharap akan dapat memajukan lagi aktiviti-aktiviti standardisasi negara kita.

Sekian terima kasih.