Accreditation

Akreditasi

Komuniti akreditasi di seluruh dunia meraikan Hari Akreditasi Sedunia pada 9 Jun setiap tahun. Sambutan Akreditasi Sedunia pada tahun ini bertemakan Accreditation: Delivering confidence in construction and the built environment.

"Accredited testing, calibration, inspection and certification provide suppliers, purchasers and specifiers with assurance that construction projects run efficiently, construction sites are safe and reliable materials are used. They also provide Government and Regulators with reliable evidence that completed projects meet regulatory compliance, and existing buildings continue to be safe to use."

Joint Statement by Xiao Jianhua, Chair IAF, and Merih Malmqvist Nilsson, Chair ILAC

Standards Malaysia telah mengiktiraf lebih daripada 50 makmal pengujian dan penentukuran, badan-badan pemeriksaan dan badan-badan pensijilan dalam bidang pembinaan. Perkhidmatan akreditasi yang berwibawa memberi keyakinan dalam memastikan aktiviti pengujian, penentukuran, pemeriksaan dan pensijilan yang berkaitan dengan pembinaan yang dilakukan oleh organisasi yang berwibawa. Kami juga bekerjasama rapat dengan agensi-agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, di mana akreditasi digunakan sebagai alat penguatkuasaan. ILAC dan IAF telah mewujudkan portal www.publicsectorassurance.org untuk menunjukkan bagaimana akreditasi dan aktiviti penilaian pematuhan menyokong dasar-dasar kerajaan serta memastikan dasar tersebut dilaksanakan dengan efisien. Risalah The WAD 2017 juga mengandungi maklumat mengenai peranan akreditasi dalam menangani isu-isu industri pembinaan dan built environment.

Muat turun: Brosur AD 2017 | Poster AD 2017 | WAD 2017 Constuction Cartoon Image