Standards

Pengguna MS & Kisah Kejayaan

  • "Usaha kami adalah untuk turut melibatkan generasi muda, mendidik dan memberi kuasa kepada mereka termasuk juga perniagaan dan usahawan ke arah memantapkan Standard Malaysia (MS). Kesemua benefisiari dan pengguna MS adalah testimoni kepada kejayaan berterusan dalam strategi mendekati dan melaksana, ke arah daya saing tempatan dan global."

  • Dilancarkan pada 2011, anugerah "Pengguna Standard Malaysia" adalah satu bentuk pengiktirafan kebangsaan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada pengguna utama Standard Malaysia (MS). Tiga pemenang dipilih setiap tahun berdasarkan pencalonan yang diterima dan kedudukan kewangan mereka, penglibatan dalam standardisasi dan penggunaannya. Anugerah ini terbuka kepada semua jenis dan saiz perniagaan, tidak tertakluk kepada hanya satu jenis perniagaan dan industri semata-mata. 

     

     

    Kelayakan 

     
    Mana-mana syarikat atau perniagaan yang berdaftar dan beroperasi di dalam Malaysia boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi anugerah ini.
     

    Kriteria

     
    Kategori I: Syarikat / perniagaan dengan jualan tahunan kurang daripada RM25 juta
    Kategori II: Syarikat / perniagaan dengan jualan tahunan di antara RM25 juta hingga RM50 juta
    Kategori III: Syarikat / perniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM50 juta
     

    Kriteria Penilaian

     
    Penilaian adalah berdasarkan:
     

    a) Menggunakan Malaysian Standards (keutamaan akan diberikan jika standard digunakan secara sukarela) di dalam:

    i)             aktiviti pengilangan

    ii)            penyediaan perkhidmatan

    iii)           aktiviti pertanian

    iv)           aktiviti perolehan

    v)            lain-lain

    b) Organisasi telah memperoleh:

    i)             pensijilan daripada badan pensijilan yang diakreditasi oleh Standards Malaysia

    ii)            akreditasi daripada Standards Malaysia untuk makmal

    iii)           akreditasi daripada Standards Malaysia bagi badan pensijilan

    c) Bilangan dan latar belakang input Malaysian Standards (MS) yang dibeli dalam tempoh tiga (3) tahun yang lalu

    d) Tambahan mata bagi syarikat yang terlibat secara langsung dalam proses pembangunan standard seperti menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Standard atau terlibat dalam aktiviti standardisasi kebangsaan termasuk terlibat secara aktif dalam memberi komen bagi deraf Malaysian Standards yang dikeluarkan untuk ulasan umum, penglibatan dalam kegiatan promosi standard dan terlibat secara aktif di peringkat antarabangsa.
     
    Nota : Standards Malaysia mempunyai hak untuk melawat syarikat bagi pengesahan aktiviti berkaitan.
     

    Anugerah bagi Setiap Kategori

     
    Anugerah dan insentif akan diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori seperti berikut:
     
    RM5000 kepada pemenang
    Trofi dan sijil 
    Kisah kejayaan di laman web Jabatan Standard Malaysia
     
    MUAT TURUN: BROSUR | BORANG
     

     

    Penerima Anugerah Penghargaan Pengguna Standard Malaysia (MS) 2017

    Natural Wellness Industries Sdn. Bhd
       
    Maju TMAS Sdn. Bhd.

     

    Penerima Anugerah Penghargaan Pengguna Standard Malaysia (MS) 2016
     

    Daikin Malaysia Sdn Bhd

     

    Penerima Anugerah Penghargaan Pengguna Standard Malaysia (MS) 2015

    Ben Fortune Pastry Manufacturing (M) Sdn Bhd
       
    Syarikat Mas Awana
       
    Heveaboard Berhad
       

     

    Penerima Anugerah Penghargaan Pengguna Standard Malaysia (MS) 2014

     

    CCM Fertilizers Sdn. Bhd.
     
     

    Penerima Anugerah Penghargaan Pengguna Standard Malaysia (MS) 2013

     

         SC Johnson Sdn. Bhd.
     
     
       
     
     
     
     
       

    Penerima Anugerah Penghargaan Pengguna Standard Malaysia (MS) 2012

     

    CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd
     
    "Kami percaya yang standard Halal akan membantu mengurangkan cabaran daripada pertumbuhan industri Halal walaupun syarat-syarat kawal selia untuk pendaftaran produk adalah berbeza di setiap negara."
       
    Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
     
    "Sehingga kini, sejumlah 245 MS telah dibangunkan dengan penglibatan FRIM terutamanya dalam Jawatankuasa Pembangunan Standard. Kebanyakan MS yang dibangunkan digunakan secara sukarela manakala yang dipilih pula adalah mandatori."
       

    Penerima Anugerah Penghargaan Pengguna Standard Malaysia (MS) 2011

     

    TNB Research Sdn Bhd (TNBR)
     
    "Dengan pematuhan kepada Standard Malaysia (MS), kami telah berupaya meningkatkan Prestasi Penyampaian Projek dengan kelewatan sifar, menyusun atur proses-proses dan dokumentas, menambah baik prestasi perniagaan dan kewangan dan yang paling penting, penyampaian kami lebih professional untuk keyakinan pelanggan dengan lebih baik."
       
    Hume Cemboard Industries (HCI) Sdn Bhd
     
    "Dengan Standard Malaysia (MS), kami telah dapat membezakan produk kami untuk kebaikan daya saing yang lebih baik."

     

    Penerima Anugerah Penghargaan Pengguna Standard Malaysia (MS) 2014

     

    CCM Fertilizers Sdn. Bhd.
     
     

     

    Penerima Anugerah Penghargaan Pengguna Standard Malaysia (MS) 2016