Popular Standard

MS ISO 9001: 2008 – Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)

Skop standard? Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)
Apakah maksud pengesahan berdasarkan standard?
Organisasi telah mewujudkan pendekatan yang sistematik untuk menerapkan kualiti dengan memastikan produknya memenuhi keperluan pelanggan. Pendekatan ini tidak bermakna produk itu telah mematuhi standard produk, tetapi organisasi tersebut mempunyai satu sistem yang konsisten untuk menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan.
Siapakah yang perlu memohon? Mana-mana organisasi tanpa mengira saiz
Standard yang digunakan?

Standard Kebangsaan

  • MS ISO 9001:2008 -Sistem Pengurusan Kualiti -

Keperluan
(SEMAKAN PERTAMA) (ISO 9001:2008, IDT)
atau

  • MS ISO 9001: 2008 - Quality Management Systems - Requirements

(FIRST REVISION) (ISO 9001:2008, IDT)

atau
Standard Antarabangsa

  • ISO 9001:2008 - Quality Management Systems - Requirements

*Standard bagi siri MS ISO 9000 tentang Pengurusan Kualiti juga disediakan untuk rujukan lanjut. Sila layari www.msonline.gov.my untuk mendapatkan standard tersebut. Standard-standard lain bagi siriISO 9000 boleh didapati di www.iso.org.

Kitaran pensijilan?

Proses dan kitaran pensijilan

MS ISO 9001

Bagaimana membuat permohonan?

Senarai badan pensijilanyang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia boleh diakses melalui URL yang berikut
http://www.jsm.gov.my/web/guest/cb-directory

* URL mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk semula laman web Jabatan Standard Malaysia di www.jsm.gov.my jika URL tidak berfungsi.

Manfaat pensijilan
  1. QMS akan membantu anda menguruskan perniagaan anda dengan lebih baik bagi memenuhi keperluan pelanggan. Ia dapat menghasilkan produk yang lebih baik, perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, pelanggan yang berpuas hati dan pesanan yang berterusan
  2. Dengan pelaksanaan sistem yang betul, perniagaan anda akan menjadi lebih cekap dan produktif, sertaakan mengurangkan kesilapan dan kerja semula, mengurangkan kos operasi, masa dan penggunaan sumber.
  3. Sistem ini menggalakkan penambahbaikan berterusan, yang akan memberikan kelebihan saing kepada perniagaan anda untuk bersaing dalam pasaran manakala bagi mereka yang telah berjaya, menjadi lebih berjaya dan berdaya tahan.
  4. Sistem ini juga menitikberatkan keperluan sumber manusia yang akan turut meningkatkan moral dan komitmen kakitangan.
  5. Mematuhi standard memberikan anda pengiktirafan untuk kelebihan saing.
  6. Semua yang di atas akan meningkatkan keberuntungan.
QMS secara lebih mudah

Klausa 4 – Keperluan QMS

  1. Mewujudkan Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan pendekatan proses, melaksanakan dan menambahbaik sistem tersebut.
  2. Mendokumenkan sistem dan menerangkan cara ia berfungsi dalam organisasi anda melalui manual, prosedur, arahan kerja, dll. dan mesti memasukkan:
    • Manual Kualiti
    • Prosedur Kawalan Dokumen untuk mengawal dokumen yang digunakan untuk QMS
    • Prosedur Kawalan Rekod untuk mengawal rekod yang digunakan untuk QMS

Klausa 5 –Tanggungjawab Pengurusan
 Pengurusan organisasi anda perlu:

  1. Menunjukkan komitmen pengurusan dengan
    • memberitahu kakitangan tentang pentingnya kualiti dan bagaimana QMS berfungsi untuk organisasi
    • menetapkan dasar dan objektif kualiti untuk sistem anda
    • menyediakan sumber yang cukup (manusia, infrastruktur, dana dll.)
    • memastikan perancangan yang cukup supaya dapat memenuhi keperluan pelanggan
    • mengkaji semula prestasi sistem
  2. Memberikan tumpuan kepada pelanggan dengan mengenal pasti dan memenuhi keperluan mereka.
  3. Mewujudkan Dasar Kualiti dan menyampaikannya kepada kakitangan untuk mendapatkan komitmen mereka.
  4. Mewujudkan rancangan tentang cara membangunkan, mendokumenkan, melaksanakan, menyelenggara dan memastikan penambahbaikan berterusan QMS .
  5. Menetapkan objektif kualiti, pelan tindakan untuk mencapainya dan cara mengukur objektif tersebut.
  6. Mengenalpasti tanggungjawab dan mandatuntuk QMS
  7. Melantik Wakil Pengurusan Kualiti (QMR ).
  8. Mengadakan komunikasi dalaman yang berkesan untuk menyampaikan QMS.
  9. Mengkaji semula prestasi input QMS termasuk maklum balas pelanggan, prestasi, ketidak patuhan, audit, tindakan pembaikan dan pencegahan, perubahan dan apa-apa keperluan untuk penambahbaikan.
  10. Generate output from the management review which include management decision and way forward for QMS
QMR - Quality Management Representative

Klausa 6 – Pengurusan Sumber

  1. Mengenal pasti sumber yang diperlukan untuk sistem dan menyediakannya untuk QMS dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
  2. Memastikan kecekapan sumber manusia, mengenal pasti dan memberikan latihan yang diperlukan kepadamereka. Menilai kecekapan selepas latihan.
  3. Mengenal pasti infrastruktur yang diperlukan untuk menyampaikan produk yang memenuhi keperluan pelanggan.
  4. Memastikan persekitaran kerja yang sesuai untuk kakitangan.

Klausa 7 –Penghasilan Produk

  1. Merancang dan membangunkan proses yang diperlukan untuk produk dan perkhidmatan bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi.
  2. Mengawal proses yang berkaitan dengan pelanggan melalui pewujudan proses yang berkesan dan memahami keperluan yang sesuai untuk produk anda. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelanggan.
  3. Mengawal reka bentuk dan pembangunan produk dengan memastikan perancangan yang betuluntuk reka bentuk dan pembangunan, mengenal pasti input reka bentuk dan pembangunan, menghasilkanoutput pembangunan reka bentuk, menjalankan penentusahan dan pengesahan bagi reka bentuk dan pembangunan serta menguruskan perubahan pada reka bentuk dan pembangunan.
  4. Mengawal pembelian dan produk yang telah dibeli dengan mengawal apa yang dibeli, yang diserahkan kepada khidmat luar atau yang disubkontrakkan (barangan, bahan atau perkhidmatan) yang akan menjejaskan produk dan perkhidmatan anda. Mewujudkan kawalan ke atas proses pembelian, menentukan keperluan pembelian dan menentusahkan produk yang telah dibeli.
  5. Menguruskan operasi dengan memastikan peruntukan pengeluaran atau perkhidmatan dijalankan dalam keadaan terkawal, mengesahkan proses peruntukan pengeluaran dan perkhidmatan (jika dikehendaki) dan jika sesuai pastikan kebolehkesanan melalui pengenalpastian unik terhadap produk. Memastikan produk dan komponen anda terus mematuhi keperluan semasa diproses secara dalaman atau semasa dihantar ke destinasi yang ditetapkan.
  6. Mengawal kelengkapan pemantauan dan pengukuran dengan;
    • mewujudkan proses pemantauan dan pengukuran
    • mengenal pasti keperluan pemantauan dan pengukuran di organisasi anda dan memilih kelengkapan yang sesuai
    • memastikan keputusan adalah sah melalui penentukuran atau penentusahan kelengkapan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum digunakan
    • melindungi kelengkapan daripada pelarasan
    • mengesahkan perisian pemantauan dan pengukuran mampu menjalankan tugas yang dijangkakan
    • Menilai kesahan pengukuran terdahulu jika anda dapati kelengkapan pengukuran atau pemantauan tidak lagi dalam keadaan tertentukur
    • melindungi kelengkapan daripada kerosakan atau kemerosotan semasa pengendalian, penyelenggaraan dan penyimpanan

Klausa 8 –Pengukuran, analisis dan penambahbaikan

  1. Mewujudkan proses pemantauan dan pengukuran.
  2. Memantau dan mengukur prestasi QMS melalui maklum balas kepuasan pelanggan, audit dalaman, mengukur penunjuk prestasi utama bagi proses dan ciri produk pada peringkat yang sesuai dan kajian semula pengurusan.
  3. Mewujudkan prosedur Audit Dalaman.
  4. Mewujudkan prosedur kawalan produk yang tidak mematuhi keperluan yang ditetapkan
  5. Mengenal pasti data yang boleh memberikan maklumat yang menunjukkan QMS berfungsi, mengumpul, menganalisis dan menyediakandatauntuk penambahbaikan.
  6. Terus meningkatkan keberkesanan QMS melalui dasar dan objektif kualiti, keputusan audit, analisis data, tindakan pembetulan dan pencegahan.
  7. Mewujudkan prosedur bagi tindakan pembetulan dan pencegahan.

**Penafian:Tafsiran mungkin berbeza dalam keadaan, skop dan persekitaran tertentu. Standard ini hendaklah digunakan sebagai garis panduan dan gambaran keseluruhan umum dalam mematuhi standard. Panduan dan bimbingan oleh sumber yang terlatih diperlukan bagi memastikan tafsiran dan pelaksanaan standard dilakukan dengan betul.