Popular Standards

MS ISO 14001:2004 - Sistem Pengurusan Alam Sekitar

Skop standard? Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS)
Apakah maksud pengesahan berdasarkan standard?

Organisasi telah mewujudkan pendekatan yang sistematik untuk melindungi alam sekitar, mencegah pencemaran, dan meningkatkan prestasi alam sekitarnya. Mematuhi standard dapat membantu organisasi yang berkaitan mematuhi keperluan undang-undang yang ditetapkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127) dan peraturan yang berkaitan. EMS juga membentuk asas utama bagi Pengurusan Rantaian Bekalan Hijau (GSCM ) dan dengan mematuhi EMS, organisasi melengkapi GSCM.

Siapakah yang perlu memohon? Mana-mana organisasi tanpa mengira saiz
Standard yang digunakan?

Standard Kebangsaan

  • MS ISO 14001:2004 – Environmental Management Systems – Requirements with guidance for use

(FIRST REVISION) (ISO 14001:2004, IDT)

Standard Antarabangsa

  • ISO 14001:2004 - – Environmental Management Systems – Requirements with guidance for use

*Standard bagi siri MS ISO 14000tentang Pengurusan Alam Sekitar juga disediakan untuk rujukan lanjut. Sila layari www.msonline.gov.my untuk mendapatkan standard tersebut. Standard-standard lain bagi siri ISO 14000 boleh didapati di www.iso.org

Kitaran pensijilan?

Proses dan kitaran Pensijilan

iso 14001

Bagaimana membuat permohonan?

Senarai badan pensijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia boleh diakses melalui URL yang berikut
http://www.jsm.gov.my/web/guest/cb-directory

* URL mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk semula laman web Jabatan Standard Malaysia di www.jsm.gov.my jika URL tidak berfungsi.

Manfaat pensijilan
  1. EMS akan membantu anda mematuhi keperluan undang-undang seperti yang ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127) dan peraturan yang berkaitan di sampingmemberi anda manfaat dalam memenuhi tanggungjawab perniagaan dan sosial terhadap pengurusan alam sekitar.
  2. EMS melengkapi GSCM dan dengan mematuhi EMS ia dapat meningkatkan kemampuan melaksanakan keperluan yang berkaitan dalam GSCM.
  3. Dengan pelaksanaan sistem yang betul, anda akan lebih menjimatkan:
    1. bahan produk berikutan pemprosesan input produk, penggantian, dan kitar semula hasil sampingan dan sisayang lebih baik
    2. penggunaan tenaga, kos untuk pengeluaran, bahan buangan, pengendalian, pengangkutan dan pelupusan sisa
    3. audit yang berkaitan (pelanggan, pembekal, dll.)
    4. liabiliti alam sekitar
  4. Sistem ini menggalakkan penambahbaikan berterusan yang akan memberikan kelebihan saing kepada perniagaan anda untuk bersaing dalam pasaran manakala bagi mereka yang telah berjaya, akan menjadi lebih berjaya dan berdaya tahan.
  5. Sistem ini juga menitikberatkan keperluan sumber manusia yang akan turutmeningkatkan moral dan kecekapan kakitangan dalam aspek alam sekitar dan juga komitmen.
  6. Mematuhi standard memberikan anda pengiktirafan untuk kelebihan saing.
  7. Semua yang di atas akan meningkatkan keberuntungan.
EMS secara lebih mudah

Klausa 4 – Keperluan EMS

  1. Mewujudkan Sistem Pengurusan Alam Sekitar berdasarkan standard, mendokumenkan, melaksanakan, menyelenggara dan menambahbaik sistem tersebut.
  2. Mewujudkan Dasar Alam Sekitar danmenyampaikannya kepada semua kakitangan, kontraktor atau mana-mana orang lain yang bekerja bagi pihak organisasi dan orang awam.
  3. Merancang EMS anda dengan:
    1. mengenal pasti, mendokumenkan, melaksanakan aspek alam sekitar. Mewujudkan prosedur untuk mengenal pasti aspek alam sekitar
    2. mengenal pasti, mendokumenkan, melaksanakan keperluan undang-undang dan keperluan lain. Mewujudkan prosedur untuk mengenal pasti keperluan undang-undang dan keperluan lain
    3. mewujudkan matlamat dan sasaran alam sekitar dan mewujudkan program untuk mencapai sasaran dan objektif tersebut
  4. Menguruskan pelaksanaan dan operasi EMS dengan:
    1. mengenal pasti peranan, tanggungjawab dan pihak yang berkuasa yang boleh membuat keputusan berkaitan EMS. Mendokumenkan dan menyampaikannya kepada mereka.
    2. menyediakan sumber yang cukup untuk melaksanakan sistem
    3. melantik wakil pengurusan
    4. menyediakanprogram latihan dan kesedaran yang berkaitan
    5. mewujudkan prosedur untuk mengawal komunikasi dalaman dan luaran berhubung dengan EMS dan aspek alam sekitar
    6. mendokumenkan EMS yang termasuk:
      1. dasar, objektif dan sasaran alam sekitar
      2. skop EMS
      3. menerangkan unsur penting EMS dan bagaimana ia berinteraksi antara satu dengan lainr
    7. mewujudkan prosedur untuk mengawal dokumen EMS
    8. menyediakan kawalan operasi dengan mengenal pasti aspek alam sekitar yang penting dan mewujudkan prosedur untuk menguruskan dan mengawal situasi operasi yang mempunyai impak alam sekitar. Mewujudkan prosedur untuk mengawal aspek alam sekitar yang pentingbagi barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal dan kontraktor anda.
    9. mewujudkan prosedur untuk mengenal pasti kemungkinan situasi kecemasan dan kemalangan yang boleh memberikan impak kepada alam sekitar dan prosedur untuk bertindak dalam situasi kecemasan dan kemalangan sebenar yang memberikan impak kepada alam sekitar. Menjalankan ujian berkala ke atas prosedur tersebut.
  5. Menyemak EMS anda dengan:
    1. mewujudkan prosedur untuk memantau dan mengukur ciri operasi utama yang boleh memberikan impak yang ketarake atas alam sekitar
    2. memastikan kelengkapan pemantauan dan pengukuran alam sekitar ditentukurkan dan ditentusahkan, diselenggara dan rekodnya disimpan
    3. mewujudkan prosedur untuk menilai pematuhan secara berkala terhadap semua keperluan undang-undang alam sekitar yang berkaitan
    4. mewujudkan prosedur untuk menguruskan ketidakpatuhan keperluan sebenar dan mengenalpastikemungkinan ketidakpatuhan keperluanserta langkah pembetulan dan pencegahannya
    5. mewujudkan prosedur kawalan rekod untuk EMS
    6. mewujudkan prosedur audit dalaman, menjalankan audit dalaman dan melaporkan keputusan kepada pengurusan
  6. Menjalankan kajian semula pengurusan berhubung dengan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan EMS dengan mengkaji semula input seperti audit dalaman, maklum balas daripada pihak luar serta pencapaian objektif dan sasaran. Output daripada kajian semula pengurusan hendaklah memasukkan rumusan tentang EMS serta keputusan dan tindakan yang diperlukan untuk penambahbaikan berterusan.

**Penafian:Tafsiran mungkin berbeza dalam keadaan, skop dan persekitaran tertentu. Standard ini hendaklah digunakan sebagai garis panduan dan gambaran keseluruhan umum dalam mematuhi standard. Panduan dan bimbingan oleh sumber yang terlatih diperlukan bagi memastikan tafsiran dan pelaksanaan standard dilakukan dengan betul