Popular Standard

MS 2200-1:2008- Barang Gunaan Islam - Bahagian 1 dan MS 2200-2: 2013 - Barang Gunaan Islam - Bahagian 2

Skop standard?

Barangan Gunaan Islam
Apakah maksud pengesahan berdasarkan standard?

Pengilang (produk kosmetik) telah mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam standard untuk pengilangan dan pengendalian produk kosmetik atau produk dandanan diri halal, serta produk yang melibatkan tulang, kulit dan bulu haiwan sebagai ramuan pengilangan dan hendaklah disahkan melalui pemeriksaan tapak seperti yang dianggap perlu oleh pihak berkuasa kompeten.

Nota: Pihak berkuasa kompeten dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menjalankan tugas yang ditentukan menurut keperluan yang ditetapkan.

Siapakah yang perlu memohon?

Pengilang produk kosmetik

Standard yang digunakan?

National Standards

  • MS 2200-1:2008-Barang Gunaan Islam Bahagian 1: Kosmetik dan Dandanan Diri - Garis Panduan Umum
    * Bahagian 1 –melibatkan garis panduan praktikal dan keperluan asas untuk industri, perdagangan atau perniagaan kosmetik dan dandanan diri halal di Malaysia menurut Undang-undang Syariah. Standard itu hendaklah digunakan bersama dengan Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia dan Garis Panduan Amalan Pengilangan Baik Kosmetik oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan
  • MS 2200-2: 2013 -Barang Gunaan Islam Bahagian 2: Penggunaan tulang, kulit dan bulu haiwan -Garis Panduan Umum
    * Bahagian 2 - melibatkan garis panduan tentang penggunaan tulang, kulit dan bulu haiwan dalam produk gunaan menurut Undang-undang Syariah
Kitaran pensijilan? Butiran boleh didapati di Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui permohonan dalam talian di www.halal.gov.my

Bagaimana membuat permohonan?

Butiran boleh didapati di Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui permohonan dalam talian di www.halal.gov.my
Manfaat pensijilan
  1. Meningkatkan daya saing dan membantu menembusi pasaran antarabangsa dan global kerana logo halal Malaysia sangat dipandang tinggi dan diterima dengan baik oleh negara-negara Islam.
  2. Sistem pensijilan halal Malaysia memberikan keyakinan kepada perniagaan, pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan lain bahawa produk anda adalah halal dan mematuhi  syariah.
  3. Standard tersebut melibatkan keperluan teknikal yang tertentu tentang halal yangakan meletakkan produk anda sebagai halal dan mematuhi  syariah.
  4. Sistem ini juga menitikberatkan keperluan sumber manusia yang seterusnyaakan turut meningkatkan moral dan komitmen kakitangan.
  5. Mematuhi standard memberikan anda pengiktirafan untuk kelebihan saing.
  6. Semua yang di atas akan meningkatkan keberuntungan.