Popular Standards

MS 1722:2011 & OHSAS 18001:2007 - Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan

Skop standard? Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSMS)
Apakah maksud pengesahan berdasarkan standard?

Organisasi telah mewujudkan pendekatan yang sistematik untuk mengawal dan meningkatkan prestasi pekerjaan, kesihatan dan keselamatannya. Pendekatan ini dapat menyumbang ke arah perlindungan pekerja daripada bahaya kerja, kecederaan, situasi tidak sihat, penyakit, keadaan merbahaya yang boleh membawa mautdan kematian. Mematuhi standard dapat membantu organisasi yang berkaitan mematuhi keperluan undang-undang yang ditetapkan oleh Akta Pekerjaan, Keselamatan dan Kesihatan 1994 (Akta 514), Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dan Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 (Akta 302) dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Siapakah yang perlu memohon? Mana-mana organisasi tanpa mengira saiz
Standard yang digunakan?

Standard Kebangsaan

  • MS 1722:2011 - Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan - Keperluan

(SEMAKAN PERTAMA)

Ini adalah MS yang menyediakan keperluan tentang Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSHMS) dan asas untuk penyediaan sistem OSH dalam sesebuah organisasi.

Standard Persatuan (diiktiraf di peringkat antarabangsa)

  • OHSAS 18001:2007- Occupational Health and Safety Management Systems -Requirements

OHSAS ialah standard yang dibangunkan oleh pasukan OHSAS, iaitu persatuan yang melibatkan agensi kerajaan, badan pensijilan, standard kebangsaan, persatuan industri dan perunding. OHSAS 18001 berfungsi membantu organisasi mewujudkan sistem pengurusan untuk mengurus dan mengawal risiko kesihatan dan keselamatan dan meningkatkan prestasi OH&S mereka.

Kitaran pensijilan?

Proses dan kitaran pensijilan

MS ISO 9001

Bagaimana membuat permohonan?

Senarai badan pensijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia boleh diakses melalui URL yang berikut
http://www.jsm.gov.my/web/guest/cb-directory

*URL mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk semula laman web Jabatan Standard Malaysia di www.jsm.gov.my jika URL tidak berfungsi.

Manfaat pensijilan
  1. Sistem pengurusan OSHakan membantu anda mematuhi keperluan undang-undang seperti yang ditetapkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514) dan peraturan yang berkaitan di sampingmemberi anda manfaat dalam memenuhi tanggungjawab perniagaan dan sosial terhadappengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
  2. Dengan mewujudkan sistem pengurusan OH&S, anda akan menghapuskan atau meminimumkan risiko kepada pekerja dan pihak berkepentingan lain yang mungkin terdedah kepada risiko OH&S yang berkaitan dengan aktivitinya
  3. Dengan mematuhi sistem, anda melindungi perniagaan anda dan memberikan keyakinan kepada pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan bahawa anda menyedari dan mampu menguruskan isu OH&S
  4. Perniagaan anda akan menjimatkan lebih banyak wang bagiinsiden dan kemalangan OH&S kerana kos bagi mencegah insiden OH&S adalah lebih kecil berbanding kos mengendalikan dan mengambil tindakan pembetulan selepas kemalangan berlaku
  5. Sistem ini menggalakkan penambahbaikan berterusan, yang akan memberikan kelebihan saing kepada perniagaan anda untuk bersaing dalam pasaran manakala bagi mereka yang telah berjaya, akan menjadi lebih berjaya dan berdaya tahan
  6. Sistem ini juga menitikberatkan keperluan sumber manusia yang seterusnyaakan turut meningkatkan moral dan komitmen kakitangan dalam OH&S
  7. Mematuhi standard memberikan anda pengiktirafan untuk kelebihan saing
  8. Semua yang di atas akan meningkatkan keberuntungan dan jaminan perniagaan
OHSMS secara lebih mudah

Klausa 4 – Keperluan OHSMS

  1. Mewujudkan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaanberdasarkan standard, mendokumenkan, melaksanakan, menyelenggara dan menambahbaik sistem tersebut.
  2. Mewujudkan Dasar OH&S danmenyampaikannya kepada semua kakitangan, kontraktor atau mana-mana orang lain yang bekerja bagi pihak organisasi dan orang awam.
  3. Merancang OHSMS anda dengan :
    • mengenal pasti bahaya OH&S dan menilai risiko yang terlibat
      • mewujudkan kaedah dan prosedur untuk mengenal pasti bahaya dan menilai risiko OH&S
      • mengurangkan risiko OH&S dengan memilih kawalan yang sesuai
      • mewujudkan prosedur untuk memilih kawalan
      • melaksanakan prosedur pemilihan kawalan
      • menyelenggara prosedur pemilihan kawalan
      • mengenal pasti, mendokumenkan, melaksanakan aspek alam sekitar. Mewujudkan prosedur bagi mengenal pasti aspek alam sekitar
    • mengenal pasti, mendokumenkan, melaksanakan keperluan undang-undang dan keperluan lain. Mewujudkan prosedur untuk mengenal pasti keperluan undang-undang dan keperluan lain.
    • mewujudkan objektif dan sasaran alam sekitar dan mewujudkan program untuk mencapai sasaran dan objektif tersebut.
  4. Menguruskan pelaksanaan dan operasi OHSMS dengan:
    • mengenal pasti peranan, tanggungjawab dan pihak berkuasa yang boleh membuat keputusan berkaitan OHSMS. Mendokumenkan dan menyampaikannya kepada mereka
    • menyediakan sumber yang cukup untuk melaksanakan sistem
    • melantik wakil pengurusan
    • menyediakan program latihan dan kesedaran yang berkaitan
    • mewujudkan prosedur untuk mengawal komunikasi dalaman dan luaran berhubung dengan bahaya OH&S dan OHSMS
    • mewujudkan prosedur untuk penyertaan dan perundingan tentang pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan penentuan kawalan, pembangunan dan kajian semula dasar dan objektif OH&S
    • mewujudkan prosedur berhubung dengan kawalan dokumen untuk OHSMS
    • mengenal pasti dan melaksanakan operasi dan aktiviti yang perlu menggunakan kawalan untuk menguruskan bahaya dan mengurangkan risiko. Melaksanakan kriteria operasi untuk mengurangkan risiko, menyelenggara prosedur kesihatan dan keselamatan, serta mengawal dan mengekalkan kriteria operasi yang diperlukan untuk mengawal risiko.
    • mewujudkan prosedur untuk mengenal pasti kemungkinan situasi kecemasan dan kemalangan yang berpotensi yang boleh memberikan impak kepada OH&S, dan juga prosedur untuk bertindak dalam situasi kecemasan dan kemalangan sebenar. Menjalankan ujian berkala ke atas prosedur.
  5. Menyemak OHSMS anda dengan:
    • mewujudkan prosedur untuk memantau dan mengukur prestasi OH&S
    • mewujudkan prosedur untuk menilai pematuhan secara berkala terhadap semua keperluan undang-undang alam sekitar yang berkaitan
    • mewujudkan prosedur untuk menyiasat insiden
    • mewujudkan prosedur untuk menguruskan ketakpatuhan sebenar dan kemungkinan ketakpatuhanserta langkah pembetulan dan pencegahan
    • mewujudkan prosedur kawalan rekod untuk OH&S
    • mewujudkan prosedur audit dalaman, menjalankan audit dalaman dan melaporkan keputusan kepada pengurusan
  6. Menjalankan kajian semula pengurusan tentang kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan OH&S dengan mengkaji semula input seperti audit dalaman, maklum balas daripada pihak luar dan pencapaian objektif dan sasaran. Output daripada kajian semula pengurusan hendaklah memasukkan rumusan tentang OH&S serta keputusan dan tindakan yang diperlukan untuk penambahbaikan berterusan.

**Penafian:Tafsiran mungkin berbeza dalam keadaan, skop dan persekitaran tertentu. Standard ini hendaklah digunakan sebagai garis panduan dan gambaran keseluruhan umum dalam mematuhi standard. Panduan dan bimbingan oleh sumber yang terlatih diperlukan bagi memastikan tafsiran dan pelaksanaan standard dilakukan dengan betul