Popular Standard

MS 1500:2009 - Makanan Halal

Skop standard? Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan Makanan Halal

Apakah maksud pengesahan berdasarkan standard?

Organisasi telah mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam standard untuk pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan halal dan hendaklah disahkan melalui pemeriksaan tapak seperti yang dianggap perlu oleh pihak berkuasa kompeten.

Nota: Pihak berkuasa kompeten dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menjalankan tugas yang ditentukan menurut keperluan yang ditetapkan.

Siapakah yang perlu memohon?

Pensijilan halal terbuka kepada syarikat tempatan dan asing di Malaysia dan di luar negara. Pemohon yang layak memohon Pensijilan Halal dikategorikan seperti yang berikut :

  1. pengilang / pengeluar
  2. pengedar / peniaga
  3. pengilang subkontrak
  4. pembungkusan semula
  5. premis makanan, dan
  6. rumah sembelih
Standard yang digunakan?

Standard Kebangsaan

  • MS 1500:2009 - Makanan Halal *Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan -Garis Panduan Umum
       (SEMAKAN KEDUA)
Dokumen yang berkaitan
  1. Garis Panduan Makanan dan Minuman
  2. Protokol Malaysia untuk Pengeluaran Daging dan Ayam Itik Halal 2011
*Kedua-dua dokumen boleh didapati www.halal.gov.my

Kitaran pensijilan?

Butiran boleh didapati di Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui permohonan dalam talian di www.halal.gov.my
Bagaimana membuat permohonan?
  1. Permohonan Sijil Pengesahan Halal untuk pasaran dalam negara dan antarabangsa hendaklah diserahkan kepada Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui permohonan dalam talian di www.halal.gov.my
  2. Permohonan Sijil Pengesahan Halal untuk pasaran tempatan mesti diserahkan terus kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), mana-mana yang berkenaan.
Manfaat pensijilan
  1. Dapat menembusi bahagian pasaran terbesar dalam sektor makanan kerana logo Halal Malaysia sangat dipandang tinggi dan diterima dengan baik oleh negara-negara Islam.
  2. Sistem pensijilan halal Malaysia memberikan keyakinan kepada perniagaan, pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan lain bahawa produk anda adalah halal dan mematuhi  syariah.
  3. Standard tersebut melibatkan keperluan teknikal yang tertentu tentang halal yangakan meletakkan produk anda sebagai halal dan mematuhi  syariah.
  4. Sistem ini juga menitikberatkan keperluan sumber manusia yang seterusnyaakan turut meningkatkan moral dan komitmen kakitangan.
  5. Mematuhi standard memberikan anda pengiktirafan untuk kelebihan saing.
  6. Semua yang di atas akan meningkatkan keberuntungan.