Accreditation

Bidang

Bidang Ujian

 

Kimia
Ujian Kimia dan analisis ke atas produk dan bahan.

Biologi
Biologi, mikrobiologi dan bioperubatan, ujian dan ukuran, termasuk pemeriksaan makanan, dadah dan farmaseutikal.

Elektrik
Ujian komponen elektrik dan elektronik, instrumen dan peralatan termasuk peralatan perdagangan dan perindustrian dan perkakas rumah.

Thermal (Haba)
Termasuk ciri-ciri thermal bahan binaan, ujian kebakaran seperti ujian penilaian ketahanan api, kebolehcucuhan, kemudahbakaran, dan lain-lain, produk dan bahan-bahan.

Mekanikal
Ujian mekanikal / fizikal dan logam bagi bahan dan produk. Termasuk ujian seperti tegangan, pecah, pemanjangan, keanjalan, kekerasan, dan kelesuan bahan.

Ujian Bukan-Pemusnah (NDT)
Pemeriksaan bahan, komponen, dan pemasangan untuk mengesan kecacatan tanpa merosakkan bahan, komponen atau pemasangan. Ujian termasuk radiografi, ultrasonic, penusuk, zarah magnetik dan arus pusar.

Ujian Radioaktif
Ujian Radioaktif dan analisis ke atas bahan dan sampel.

Racun Perosak Isi Rumah
Termasuk ujian berdasarkan kepada skop berikut; ubat nyamuk berbentuk pelapik dan cacair pengewapan elektrik, semburan aerosol ruang, semburan aerosol sisa, semburan aerosol terus, ubat nyamuk berbentuk lingkaran, umpan lipas, penghalau nyamuk pada kulit , umpan tikus rumah, ubat nyamuk kertas tanpa asap, ubat nyamuk berbentuk gel dan lain-lain produk berkaitan.

Ketoksikan
Ujian bagi produk kimia, produk perkilangan, produk kosmetik dan penjagaan kulit, alat-alat perubatan dan jugasampel bahan buangan dan alam sekitar.

Kesrasian Elekromagnetik (EMC)
Ujian bagi keserasian elektromagnetik (EMC) termasuk ujian gangguan elektromagnet dan ujian imuniti.

Veterinar
Termasuk ujian ke atas skop berikut; bakteriologi, mikologi, serologi, virologi, parasitologi, patologi, biologi molekular, patologi klinikal, imunologi, prions, kimia, analisis makanan haiwan, nutrisi makanan haiwan.

Organisma Yang Dimodifikasi Secara Genetik (GMO)
Analisis untuk pengesanan dan pengiraan jumlah GMO merangkumi kedua-dua DNA dan kaedah berasaskan protin.

Asid Nukleik
Keperluan untuk akreditasi makmal yang terlibat dalam ujian asid nukleik bagi pelbagai sampel yang menyediakan perkhidmatan untuk bidang-bidang tertentu berkaitan biologi molekular dan / atau analisis genetik.

Profil DNA Untuk Sains Forensik
Terdiri daripada Profil DNA untuk profil DNA forensik dan ujian pengesahan bapa menggunakan kaedah DNA.

Analisis Accelrent Serpihan Kebakaran Untuk Sains Forensik
Termasuk ujian accelerant api dalam serpihan kebakaran makmal-makmal ujian sains forensik.

 

Bidang Penentukuran

 

Ukuran Haba dan Suhu
Termasuk alat pengukur haba, suhu dan kelembapan.

Ukuran elektrik
Termasuk penentukuran instrumen dan peralatan elektrik dan elektronik.

Ukuran Kuantiti Jisim Dan Berkitan Kuantiti Jisim
Termasuk ukuran jisim, ketumpatan, tekanan, daya, kekerasan, kelikatan, aliran, dan isipadu dan pemeriksaan mesin dan instrumen yang digunakan dalam menjalankan ukuran ini.

Ukuran Optikal dan Fotometrik
Termasuk ukuran yang dibuat dengan dan ke atas peralatan dan instrumen optikal dan fotometrik: ukuran warna dan kelicinan permukaan (pantulan, kilauan); ukuran termasuk yang boleh dilihat (cahaya) dan hampir boleh dilihat (inframerah, ultra violet) gelombang radiasi.

Ukuran dimensi
Termasuk pelbagai kerja penentukuran panjang dan dimensi.

Ukuran Akustik & Getaran
Termasuk ukuran bunyi alam sekitar dan gegaran mekanikal, tentukuran akustik dan peralatan mengukur getaran, akustik dan ciri-ciri getaran bahan dan struktur, audiometri, pengukuran kuasa bunyi, ujianprestasi akustik dan getaran dan keseimbangan dinamik.

Ukuran Radioaktiviti
Termasuk penentukuran alat pengukur radiasi.