Business

Perniagaan

Daya Saing Global
 
Kami berusaha ke arah industri di Malaysia berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
 
Malaysian Standards (MS) dibangunkan untuk membantu industri di Malaysia menyediakan produk dna perkhidmatan berkualiti. Melalui pematuhan kepada MS, produk dan perkhidmatan bole berdaya saing secara sama rata.
 
Sebagai ahli kepada badan-badan antarabangsa, kami mewakili Malaysia untuk mengetengahkan suara kita, dan dalam sesetengah kes, MS kita di sektor-sektor berkepentingan kepada negara. Ini seterusnya membawa kepada Malaysia menerajui dan mungkin juga merintis sektor-sektor tersebut. Sebagai contoh, sektor Halal, burung walit dan Amalan Pertanian yang Baik (GAP). Melalui forum antarabangsa, dalam aktiviti akreditasi, kita merupakan penandatatangan kepada pelbagai perjanjian yang membolehkan langkah pertama ke arah penerimaan produk dan perkhidmatan kita.