Accreditation

Akreditasi

"Sebagai badan akreditasi, kami menyediakan pekhidmatan akreditasi yang berwibawa kepada makmal, badan pemeriksa dan pensijilan untuk menembusi pasaran dengan lebih baik dan pengiktirafan global bagi kecekapan teknikal dan jaminan kualiti."

 

Kami berusaha menyediakan perkhidmtan akreditasi bertaraf antarabangsa. Baru-baru ini, satu pindaan telah dibuat kepada Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549), yang akan membolehkan kami melebarkan perkhidmatan ke luar negara di samping memiliki kuasa penguatkuasaan. Berita baiknya ialah, kami akan memperkenalkan Malaysia ke persada dunia dengan Logo akreditasi Malaysia yang terulung. Dengan pelbagai skim dan program pematuhan dan pengiktirafan daripada badan kawal selia kebangsaan yang berwibawa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), lembaga Getah Malaysia (MRB), Majlis Pensijilan Pekayuan Malaysia (MTCC).