Popular Standard

MS ISO 50001:2011 - Sistem Pengurusan Tenaga

Skop standard? Sistem Pengurusan Tenaga (EnMS)
Apakah maksud pengesahan berdasarkan standard?

Organisasi telah mewujudkan pendekatan yang sistematik untuk terus meningkatkan prestasi tenaga, kecekapan tenaga serta kegunaan dan penggunaan tenaganya yang mampan. Mematuhi standard boleh membawa kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau, kos tenaga dan impak alam sekitar yang lain. EnMS juga membentuk asas utama Pengurusan Rantaian Bekalan Hijau (GSCM) dan dengan mematuhi EnMS, organisasi melengkapi GSCM. Skim Pengurusan Tenaga ASEAN (AEMAS), iaitu sistem pensijilan serantau pertama di dunia untuk pengurus tenaga dan pengguna akhir tenaga menetapkan pematuhan EnMS yang mematuhi ISO 50001 sebagai keperluan asas bagi penarafan 1 bintang untuk skim pensijilannya. Skim ini melaksanakan penarafan 3 bintang

Siapakah yang perlu memohon? Mana-mana organisasi tanpa mengira saiz
Standard yang digunakan?

Standard Kebangsaan

  • MS ISO 50001:2011 – EnergyManagement Systems – Requirements with guidance for use

 (ISO 50001:2011, IDT)

Standard Antarabangsa

  • ISO 50001:2011 – Energy Management Systems – Requirements with guidance for use
Kitaran pensijilan?

Certification process and cycle

MS ISO 9001

How to apply?

List of accredited certification body by Standards Malaysia can be accessed through the following URL
http://www.jsm.gov.my/web/guest/cb-directory

*URL may change from time to time.  Please revert to Standards Malaysia's website at www.jsm.gov.my should the URL did not work.

Benefit of certification
  1. EnMS membantu anda mencapai pengurangan kos yang mampan untuk penggunaan tenaga dan memaksimumkan kegunaan tenaga.
  2. EnMS melengkapi GSCM dan mematuhi EnMS dapat meningkatkan kemampauan untuk melaksanakan keperluan yang berkaitan dalam GSCM untuk menyokong inisiatif negara ke arah mengekalkan kehijauan dan mematuhi keperluan perundangan GSCM yang berkaitan
  3. EnMS membantu mengurangkan pembebasan karbon dan impak alam sekitar yang lain dan dengan itu memperoleh keyakinan pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan terhadap tanggungjawab anda ke atas alam sekitar
  4. Sistem ini menggalakkan penambahbaikan berterusan yang akan memberikan kelebihan saing kepada perniagaan anda untuk bersaing dalam pasaran manakala bagi mereka yang telah berjaya, akan menjadi lebih berjaya dan berdaya tahan
  5. Sistem ini juga menitikberatkan keperluan sumber manusia yang seterusnyaakan turut meningkatkan moral dan komitmen kakitangan dalam kecekapan tenaga
  6. Mematuhi standard memberikan anda pengiktirafan untuk kelebihan saing
  7. Semua yang di atas akan meningkatkan keberuntungan dan membantu memaksimumkan pulangan ke atas pelaburan
EnMS secara lebih mudah

Klausa 4 – Keperluan EnMS

  1. Mewujudkan Sistem Pengurusan Tenaga berdasarkan standard, mendokumenkan, melaksanakan, menyelenggara dan menambahbaik sistem tersebut. Menentukan skop dan batas EnMS
  2. Pengurusan organisasianda perlu menunjukkan bukti komitmen dan pelibatan aktif dalam pewujudan, pelaksanaan, pengendalian, pemantauan, kajian semula, penyelenggaraan dan penambahbaikan EnMS seperti yang dikehendaki oleh standard.
  3. Melantik wakil pengurusan yang mempunyai kuasa untuk menguruskan pelaksanaan EnMS seperti yang dikehendaki oleh standard.
  4. Mewujudkan dasar tenaga, yang diluluskan oleh pengurusan atasan untuk mendorong EnMS ke arah matlamat yang ditetapkan dalam prestasi tenaga dengan :
    • merangkumkan komitmen untuk mematuhi keperluan undang-undang dan keperluan lain yang berkaitan dengan kegunaan, penggunaan dan kecekapan tenaga
    • merangkumkan cara menetapkan objektif dan sasaran tenaga, menyokong pembelian produk dan perkhidmatan yang cekap tenaga dan merangka peningkatan prestasi tenaga
    • mendokumenkan, menyampaikan dasar kepada semua personel
    • mengkaji semula dasar untuk kesesuaian
  5. Membuat perancangan tenaga dengan :
    • memasukkan keperluan undang-undang dan keperluan lain
    • mengenal pasti kajian semula tenaga dengan mendokumenkan kaedah dan kriteria
    • mewujudkan garis dasar tenaga berasaskan kesesuaian data yang ada daripada kajian semula tenaga yang awal. Merekodkan dan mengekalkan garis dasar kecuali apabila berlaku perubahan dalam Penunjuk Prestasi Tenaga (EnPI), proses, corak pengendalian tenaga ataupun sistem atau kaedah yang digunakan sebelum ini
    • mengenal pasti EnPI untuk memantau dan mengukur prestasi tenaga dengan membandingkannya dengan data garis dasar. Kaedah yang digunakan untuk menentukan dan mengemaskinikan EnPI mesti direkodkan
    • mewujudkan objektif tenaga untuk menyokong dasar, dan sasaran untuk menyokong objektif. Mengenal pasti rancangan tindakan untuk mencapai objektif dan sasaran
  6. Melaksanakan EnMS dan operasinya berdasarkan rancangan tindakan yang dikenal pasti. Pelaksanaan hendaklah juga memastikan :
    • Program latihan dan kesedaran diadakan bagi memastikan kecekapan personel dalam melaksanakan tugas mereka
    • Menyampaikan EnMS dan prestasi tenaga dalam organisasi
    • Mewujudkan dan melaksanakan proses yang membenarkan personel, kontraktor dan pihak berkepentingan memberikan komen atau cadangan untuk menambah baik EnMS
    • Mewujudkan kaedah komunikasi luar jika organisasi membuat keputusan untuk menyampaikan dasar tenaga, prestasi tenaga dan EnMSnya
    • Mendokumenkan EnMS
    • Mewujudkan prosedur untuk mengawal dokumen EnMS
    • Menguruskan pelaksanaan dan operasi EnMS
    • Merangkumkan peluang peningkatan prestasi tenaga dan kawalan pengendalian tentang reka bentuk kemudahan, kelengkapan, sistem dan proses yang baharu, yang diubah suai atau yang dipinda
    • Merangkumkan keputusan penilaian prestasi tenaga untuk memutuskan spesifikasi, reka bentuk dan aktiviti pemerolehan
    • Menguruskan pemerolehan perkhidmatan tenaga, produk, kelengkapan dan tenaga dengan menilai pembekal berdasarkan prestasi tenaga
    • Mewujudkan dan melaksanakan kriteria untuk menilai kegunaan, penggunaan dan kecekapan tenaga ke atas tempoh hayat operasi yang dijangka bagi produk, perkhidmatan dan kelengkapan yang mempunyai impak ke atas prestasi tenaga organisasi
  7. Menyemak EnMS anda dengan :
    • memantau, mengukur dan menganalisis ciri penting bagi operasinya yang menjejaskan prestasi tenaga termasuk kegunaan tenaga yang ketara dan output kajian semula tenaga, EnPI, keberkesanan rancangan tindakan dan penggunaan tenaga
    • mentakrifkan dan melaksanakan rancangan pengukuran tenaga
    • memastikan kelengkapan yang digunakan untuk memantau dan mengukur ciri penting dapat menghasilkan data yang tepat dan berulang-ulang
    • menjalankan penilaian ke atas pematuhan terhadap keperluan undang-undang dan keperluan lain
    • menjalankan audit pada sela masa yang dirancang
    • menangani ketidak patuhandengan melakukan pembaikan yang sesuai, melaksanakan tindakan pembetulan dan pencegahan
    • mewujudkan dan menyelenggara rekod EnMS
  8. Menjalankan kajian semula pengurusan berhubung dengan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan EnMS dengan mengkaji semula input seperti audit dalaman, maklum balas daripada pihak luar dan pencapaian objektif dan sasaran. Output daripada kajian semula pengurusan hendaklah memasukkan rumusan tentang EnMS serta keputusan dan tindakan yang perlu diambil untuk penambahbaikan berterusan.

**Penafian:Tafsiran mungkin berbeza dalam keadaan, skop dan persekitaran tertentu. Standard ini hendaklah digunakan sebagai garis panduan dan gambaran keseluruhan umum dalam mematuhi standard. Panduan dan bimbingan oleh sumber yang terlatih diperlukan bagi memastikan tafsiran dan pelaksanaan standard dilakukan dengan betul.