Standards

Public Comment

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN,
BAGI TEMPOH 1 MAC 2020 HINGGA 30 APRIL 2020

 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Bersama-sama ini disertakan senarai draf Malaysian Standards (MS) yang sedang dibangunkan seperti di Lampiran A untuk ulasan umum.

 

Draf-draf Malaysian Standards tersebut adalah mengenai pelbagai barangan, proses-proses dan tatasusila amalan dalam pelbagai bidang industri yang dibangunkan di bawah Jawatankuasa Standard Kebangsaan (NSC) di Jabatan Standard Malaysia. Sila klik di Lampiran B untuk Jadual pecahan jumlah draf-draf Malaysian Standards.

 

Penyediaan draf-draf Malaysian Standards tersebut telah dibuat oleh jawatankuasa berkaitan yang ditubuhkan di bawah Sistem Pembangunan Malaysian Standard yang diwakili oleh pihak Kementerian, agensi-agensi Kerajaan, institusi pengajian tinggi, industri dan orang perseorangan yang pakar dalam bidang berkenaan. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Standard Malaysia mengalu-alukan sebarang ulasan ke atas draf-draf Malaysian Standards tersebut dengan melayari laman sesawang Unified Public Consultation (UPC).

 

UPC merupakan satu portal yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi memudahkan pihak berkepentingan menyediakan konsultasi dalam proses pembangunan undang-undang, perintah, peraturan dan prosedur. UPC menyediakan platform kepada orang awam yang berdaftar dengannya untuk mengakses konsultasi dengan mudah melalui satu laman sesawang sahaja. Dengan platform UPC ini, konsultasi dapat diadakan dengan lebih seragam, berkesan dan cekap.

 

Standards Malaysia juga mengambil inisiatif dengan menyiarkan draf MS bagi tujuan ulasan umum selama 60 hari di laman sesawang UPC. Sila klik Lampiran C untuk Manual Ulasan Umum.

 

Kerjasama serta sokongan tuan/puan dalam perkara ini diharap akan dapat memajukan lagi aktiviti-aktiviti standardisasi negara kita.

 

Sekian terima kasih.

 

EN. HUSSALMIZZAR HUSSAIN

Pengarah Kanan, Bahagian Standardisasi

Jabatan Standard Malaysia